Thursday, 18 July 2019

PI PI ES EM AI V2

Kapla sakit ada kalu, pigi telan itu pinadul la, ane! Jangan kaki kasi angkat, kasi putung! Pooorah!

Gua tanya, “kenapa?”

Lepas criiitttt air sirih, ayya kata, “tambi, lapar kalu, tambi apa bikin?”

“Makan la,” kata gua.

“Tambi manyak pandai la!”

Gua sengih.

“Lapar kalu, makan la. Dahaga kalu, minumlah. Sakit parut kalu, biraklah. Tada pandai Inggeris kalu, belajarlah bahasa Inggeris. Tapi itu worang tua mau kacau Sains sama Matematik, apa macam? Tada wutak punya worang!”

Kemudian dia criittt lagi air sirih dan sambung, “stim kalu, bini kasi peluk laaaaa!”



EM & AY




Kau tahu apa beza Em 1998 dengan Em 2018?
Tiada beza apa-apa!

Kau tau beza Ay 1998 dengan Ay 2019?
Tak tau.
Ay 2019 sudah jadi Em1998!

Dan kucing di belakang rumah gua pun terus bersenggama dengan bunyi ngiaw yang sengaja dibuat-buat.  Tiba-tiba terdengar seranah nyonya yang jalan terhegeh-hegeh. “Semburit!” Nyonya itu jerit. Apek yang sedang cuci gigi palsunya dengan berus dawai terkejut. Gigi palsunya terpelanting, dan mati.

Jiran-jiran Melayu pula meratib, “takpa, takpa, takpa.” Tujuh tahun kemudian baru mereka “opocot!”  sebab terkejut.

SEMBURIT!




Thursday, 11 July 2019

PAK ABU

Pak Abu dah tiada.

Pak Abu, darahnya British Short Hair. Waktu kecilnya dia makan Royal Canin. Royal Canin ni antara makanan termahal dan terbaik. Itu makanan dia waktu dia kecil.

Kemudian bila meningkat remaja sedikit, Pak Abu selalu keluar dari pintu rumah. Tapi Pak Abu tak pergi jauh, setakat pintu pagar saja.  Mungkin Pak Abu takut untuk meneroka ke luar dunia yang dia tak biasa lagi.

Bila selalu berada di pintu pagar, tengok-tengok apa yang ada di luar sana, naluri Pak Abu untuk meneroka dunia di luar makin bertambah. Dari celah-celah jeriji pagar, Pak Abu mula keluar. Tapi dia tak pergi jauh. Hanya setakat lepak di rumah hadapan, atau di luar rumah rumah jiran yang ada kiri kanan.

Lama-lama, makin kerap dan makin lama pula Pak Abu berada di luar rumah. Tapi bila lapar, Pak Abu akan masuk semula ke dalam rumah. Pak Abu makan Royal Canin kegemaran dia.

Makin lama, Pak Abu semakin seronok berada di luar rumah. Lalu Pak Abu “dipenjarakan” di dalam bilik sebab bimbang Pak Abu akan dicuri, atau dikerkah anjing, atau menjadi mangsa buki kucing tak bertuan. Pintu bilik akan sentiasa ditutup. Dunia Pak Abu ialah bilik dan beranda di bilik itu sahaja.

Kemudian Pak Abu semakin dewasa. Pak Abu menjadi semakin kuat. Dari beranda tingkat satu, Pak Abu melompat ke bawah, menjadikan tembok pagar sasarannya. Dari tembok pagar, Pak Abu melompat pula ke luar. Pak Abu bebas.

Bermula dari itu, Pak Abu semakin kerap berada di luar. Pak Abu akan balik bila dia berasa lapar sahaja. Lepas makan, selalunya Pak Abu akan meniarap di beranda, berehat. Lepas itu Pak Abu melompat ke bawah. Lagi. Kemudian merayau. Lagi.

Lama-lama, Pak Abu makin kerap berada di luar. Entah apa yang Pak Abu makan. Entah air apa yang dia jilat. Kadang-kadang Pak Abu balik dengan badan yang basah. Bergumpal-gumpal bulunya. Pak Abu kerap bersin. Hidungnya selalu keluar hingus. Tetapi Pak Abu tetap selalu hilang dari rumah.

Tengah hari semalam, Pak Abu balik rumah. Pak Abu tercunggap-cunggap. Nafasnya tersekat-sekat. Pak Abu menarik nafas dalam-dalam mencari udara. Pak Abu nampak terseksa. Lalu Pak Abu dibawa ke klinik. Di klinik Pak Abu semakin tenat. Doktor kata paru-paru Pak Abu dah teruk. Cecair penuh di dalam paru-paru Pak Abu. Dan Pak Abu semakin tenat. 


Akhirnya Pak Abu menarik nafas terakhir di atas pelantar keluli rawatan di klinik. Pak Abu tak perlu lagi susah payah menarik nafasnya. Paru-paru Pak Abu  tidak lagi menyeksanya. Pak Abu tak perlu lagi curi-curi melompat ke bawah dari beranda tingkat satu.  Pak Abu tak perlu semua itu lagi, kerana Pak Abu dah pergi ke sana.



Tuesday, 9 July 2019

SUMANDAK

Tahun pertama secara rasmi menjadi guru. Merekalah yang gua ajar. Gua baru 24 tahun. Dan mereka 19 dan 20 tahun! Bayangkan.

Di dalam kelas, yang lelaki berada di satu baris. Yang perempuan berada di satu baris. 

Kemudian gua dapat komplen daripada pelajar perempuan. Gua kalau mengajar pilih kasih. Itu kata wakil pelajar perempuan. Gua garu-garu kepala. Kemudian gua tanya, “Mengapa?l
“Cikgu kalo mengajar bukannya mo meninguk kami pun. Cikgu nda perna juga menyoal kami. Kami paham ka nda, cikgu nda pernah tanya sama kami.”
“Oh,” kata gua. Gua senyum. Senyum sebab tak tahu nak jawab apa.

Sebenarnya gua mahu jawab macam ni, “Sa segan bha. Kalo meninguk kamu-kamu sumandak, tanya-tanya sama kamu, sakap-sakap sama kamu, sia takut dituduh getek. Kamu 20 tahun suda, sia 24. Ngam-ngam tu tau kalao dibuat bini.”
Dia mencebik. Kemudian pergi.

Ya, waktu itu gua rasa agak malu. Apatah lagi bila di hadapan gua gadis-gadis Sabah yang putih melepak. Cantik-cantik pula.


*patutlah ada kawan-kawan cikgu gua kawin sama anak murid durang*.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...