Suatu pagi.Gua baca:
"SENIMAN KECEWA UCAPAN DALAM BAHASA INGGERIS"
Gua baca lagi. Gua ingin tahu. Siapa seniman itu? Apa sangat yang "seniman" ini kecewa?
Gua baca. Dan baca. Dan baca.
Selepas baca, gua baru tahu. "Seniman" itu dimaksudkan kepada sekelompok penulis. Mereka kononnya kaciwa sebab penerima Profesor Ulung Negara berucap dalam bahasa orang putih. Mereka kononnya kaciwa kerana penerima tersebut sebenarnya nak berucap dalam bahasa kebangsaan (Baca: Bahasa Melayu) tetapi dihalang oleh seseorang (atau mungkin beberapa orang) daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Alasannya, ada tetamu yang tak paham bahasa Melayu. Nanti apa-apa yang nak dicakapkan oleh penerima anugerah tak dapat dipahami oleh orang yang tak paham bahasa Melayu.
Maksudnya: kalau kau nak bercakap, cakaplah apa-apa saja dalam bahasa yang orang lain paham. Kalau kau cakap dalam bahasa Melayu, tapi orang tak paham, apa kejadahnya?!
Maka pung! Pang! Pung! Pang! para seniman (Baca: penulis) ini membelasah KPT. Tak hormat bahasa Melayulah. KPT minda penjajahlah. Ada orang yang tak layak jadi pemimpinlah. Dan macam-macam sumpah seranah lain. Kononnya nak jadi jaguh bahasa Melayulah tewwww.....
Hek eleh, lu pun bila editor kasi potong lu punya bahasa yang tak betul pun lu meroyan, apa la sangat dengan KPT tu.
Bila editor kata, "Ayat ni tak betul, der. Jadi, gua kasi betulkan." Kemudian lu bagi jawapan sampah sarap, "Alaaaaaaaaaa...asalkan pembaca paham, apa masalahnya!". Jadi, apa bezanya lu dengan orang KPT itu???
Asal paham, pakailah apa-apa bahasa sekalipun - *pap* jatuh atas hidung lu sendiri!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Thursday, 15 February 2018
Friday, 9 February 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...