Wednesday, 28 June 2017

ULAR BABI

Pada waktu itu dia sedang berjalan. Di atasnya matahari. Di bawahnya asfal membahang.  Di dalam kepalanya: tiada apa-apa.


 Seekor ular menyusur jalan, perlahan-lahan menghampiri dia. Diam berhenti. Sekejap. Kemudian di hujung kakinya dia berasa sesuatu sedang bersusah payah memanjat. Mula-mula di bahagian hujung kuku. Kemudian sedikit demi sedikit dia merasakan kedua-dua betisnya pula seperti dipagut.

“BABI!” Dia menyumpah.
“Bukan! Aku Raja Tedung. Bukan babi!”

Kemudian perlahan-lahan, nafasnya beransur-ansur perlahan. Sedikit demi sedikit. Kemudian berhenti.

Dia terbaring di susur jalan. Di atasnya matahari. Di bawahnya asfal membahang.

Hidup ditipu sang ular berkali-kali, dia hanya pandai menyumpah “BABI” sahaja!

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...