Wednesday, 22 February 2017

KEBUSUKAN DUNIA YANG KONONNYA WANGI

Janganlah kau percaya akan:

1.  politikus
2.  orang sastera.

Dua-dua kelompok ini memakai baju daripada jenama yang sama, iaitu "HIPOKRIT".  Politikus akan saling mencari akal untuk membesarkan tembolok masing-masing.  Orang sastera pula selalu berkira-kira untuk menyingkirkan "kepala yang tak sehaluan" ke pinggir jalan.

Walaupun kau ini seorang penulis yang bukan alang-alang.  Pernah menerima pelbagai anugerah di serata alam.  Sudah menulis semenjak berpuluh-puluh tahun yang lampau (waktu itu, lawannya masih lagi galak mandi bogel di dalam sungai dan parit).  Keintelektualan dalam sastera sudah terbukti dan diiktiraf. Tapi, kalau kau bukan berada di dalam tikungan yang sama yang dihuni oleh orang-orang sastera yang rapat dengan menara dan lantai tertentu, kau jangan terlalu menyimpan angan-angan yang terlalu tinggi.

Bermacam-macam alasan akan dicipta untuk menjadi justifikasi bagi menolak kau ke pinggir jalan, yang kadang-kadang alasan itu seperti si badut yang sedang menganjurkan kelas masakan, tapi cukup untuk menjadikan kau terus terpinggir.

Persetankan nilai-nilai kemanusiaan, wahai "orang-orang sastera"! Yang selalu kamu bengkelkan. Yang selalu kamu cari dan gali dalam karya-karya. Persetankan!

Kau bukan malaikat pun!

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...