Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Friday, 6 April 2012
Ketuk! Ketuk! Ketuk!
Orang sekarang kata, o em ji!
Gua kata, apa tu?
Blog sendiri pun tak sempat nak buang sawang-sawang yang mula berlingkar. Blog orang kadang-kadang saja gua singgah. Semenjak awal tahun ini, bila gua diberi kerusi baru, meja baru, tingkat baru, gua betul2 bagaikan tak cukup oksigen. Semenjak awal tahun, gua kena bangkit awal pagi. Awal yang sangat. Kaki rempit baru balik preengg! Preeengg! Preenngg! motonya, gua dah mula setat enjin kereta. Bila minah-minah kilang shift awal pagi sibuk bermekap nak pegi kejer, gua baru terhegeh-hegeh masuk kereta nak balik rumah.
Bersembang dengan nama-nama besar dalam dunia persuratan di Tanah Melayu ini.
Membuat asap dengan mereka.
Tuang-tuang kopi pekat ke dalam cawan.
Baca emel. Karang emel.
Sain itu, sain ini.
Dan gua hanya sengih2 bila seorang yang bernama tanya gua, "Bila nak setat menulis semula?".
Jawapan gua ialah sengihan gua.
Hek 'eh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
naik pangkat lettewwwww....
ReplyDeleteAl-hamdulillah. Tahniah!
ReplyDeletesembang ngan orang besar besar je ya
ReplyDelete