Tuesday, 8 August 2017

SI JENERAL


Gua dah 'kembali ke pangkal jalan'!Keh!Keh! Keh!" Terkekeh-kekeh Brader Pyanhabib bagi tau gua, duluuu… 

Gua: gua pun ikut terkekeh-kekeh!

[Isu: ada tukang back up pi em, yang dibayar gaji (mahal oooooo), buat kenyataan kata Pyanhabib sudah kembali ke pangkal jalan hanya kerana Pyanhabib datang ke satu majlis yang ada pi em, kemudian Pyanhabib bagi buku dia kat pi em sambil kedua-duanya tersengih semasa berfoto]

* Kadang-kadang gua terpikir. Setakat itu sahajakah 'pemikiran' orang yang dibayar gaji mahal untuk membela kredibiliti tuannya, yang satu Malaysia menjeling tuan dia itu dengan berbilion-bilion rasa curiga?*




                                                       M A L U !


Der, gua pun fofular juga!" kata Sinaganaga. "Gua dah masuk silibus Biro Tatanegara weh!" Sinaganaga sambung.

Kemudian, selepas cucuh Dunhill tiga rasa, Sinaganaga kata, "Gua feeling macam Che Guerera dah."

Sinaganaga hembus asap Dunhill tiga rasanya sebelum sambung, "Tapi Che Guerara ada senapang. Gua pistol air pun tatau nak handle. Apa barang jadi chief!"

[Isu: Ada mamat BTN, buat slaid.  Kononnya penulis-penulis indie sedang menjadi gerakan untuk menjatuhkan kerajaan. Tah dari sumber mana, mamat BTN ni kata Sinaganaga yang hari-hari kerjanya buat buku sedap dan kaver buku yang power, selain bagi makan kucing, ialah chief kepada gerakan ni.  Empat hari empat malam Sinaganaga terbahak-bahak dengan tuduhan ini!]


  Bee Tee End K O D I!





Friday, 30 June 2017

JEE ES TEE


Gua drive Elentara bini gua pegi bengkel Amin. Amin kawan gua sejak zaman sekolah.
“Macam tak cukup api.” Gua bagi tau Amin. “Alternator kot.” Gua sambung.

Amin amik meter. Amin kacip meter tu kat kepala bateri. Kemudian dia tekan-tekan pedal minyak Elentara bini gua. “Ya, alternator ada problem.” Amin kata.

“Kasi tukar,” kata gua.
Amin kata, “ok!”

Lepas tu, Amin kung! Kang! Kung! Kang! Elentara bini gua. 
“Jack, belt kena tukar, dah crack!” laung Amin.
Gua angkat ibu jari.
Kemudian Amin “Cong! Ceng! Cong! Belt…! Cong! Ceng! Tukar…” sama budak dia. Budak dia pun sambut, “Cong! Ceng! Baru…Cong! Ceng! Tukar…Cong! Ceng!”

Lepas tu Amin sambung kung! Kang! Kung! Kang! Elentara bini gua.

Kemudian…

“Jack, dah siap. Ok dah tu. Kalu mung nak gi New York pun dah boleh ni.”

Gua sengih. “Berapa RM?” tanya gua.

Amin pun “Bla! Bla! Bla! RM410”

“Ok.” Gua kata sambil ambil dompet. “Takder resit?” gua tanya.

“Kalu mung nak resit, kena tambah lagi sebab kena masuk rekod. Bila masuk rekod, kena bayar GST.”

Bila Amin  kata gua kena tambah duit sebab kena caj GST, gua terbayang cincin pink yang rega juta-juta. Gua pun kata, “Tak payah buat resit la. Gomen sekarang ni kan dah bijak camana nak cari duit sendiri, tak payah nak cekau duit rakyat. Maklum la kerajaan prihatin. Keh! Keh! Keh!”

Amin senyum besar. Gua senyum lagi besar. Tapi gua tatau, dalam keadaan begitu, siapa sebenarnya yang kena main? Gomen yang tak dapat terima GST daripada gua yang kena main, atau gua sebenarnya yang kena main sama itu gomen sebab takmau bayar GST?

Lepas tu gua pegi makan nasi belauk di kedai Membunga.


# nama sebenar Amin, Owee Tak Meng. Tapi kebanyakan Cina tempatan di Kelantan akan ada nama mengikut sebutan lidah Melayu. Ayahnya bernama “Pak Su Din”. Gua tak pasti apa nama Cina “Pak Su Din”. Bahasa yang dituturkan mereka juga banyak bercampur dengan kosa kata dialek Melayu Kelantan. Cina tempatan Kelantan memang sangat berbeza dengan Cina-Cina di negeri lain….



Wednesday, 28 June 2017

ULAR BABI

Pada waktu itu dia sedang berjalan. Di atasnya matahari. Di bawahnya asfal membahang.  Di dalam kepalanya: tiada apa-apa.


 Seekor ular menyusur jalan, perlahan-lahan menghampiri dia. Diam berhenti. Sekejap. Kemudian di hujung kakinya dia berasa sesuatu sedang bersusah payah memanjat. Mula-mula di bahagian hujung kuku. Kemudian sedikit demi sedikit dia merasakan kedua-dua betisnya pula seperti dipagut.

“BABI!” Dia menyumpah.
“Bukan! Aku Raja Tedung. Bukan babi!”

Kemudian perlahan-lahan, nafasnya beransur-ansur perlahan. Sedikit demi sedikit. Kemudian berhenti.

Dia terbaring di susur jalan. Di atasnya matahari. Di bawahnya asfal membahang.

Hidup ditipu sang ular berkali-kali, dia hanya pandai menyumpah “BABI” sahaja!

Tuesday, 4 April 2017

TUMPUL

Kau tahu kawan, tentang mengapa engkau selalu dipandang sepi?  Mampir ke sini, jika kau ingin apa jawapnya.

Sebabnya engkau sudah tidak dipedulikan lagi oleh orang-orang di sekelilingmu.  Kata-katamu tidak lagi membawa rasa hormat mereka.  Apabila engkau sendiri yang memilih untuk menjadi seekor kera tanpa kawanan, jauh sekali menjadi kera jantan alfa, maka engkau sebenarnya sedang dibuang.

Ya, seperti sekeping cermin jendela jernih.  Engkau hanya berada di sebalik sana, tapi engkau terhalang untuk masuk ke sini, hatta bayang-bayangmu sekalipun.

Engkau dapat kami lihat, tapi kami tidak lagi peduli akan engkau! 


Monday, 27 March 2017

SENDALU DAN HUJAN

Dua pasang sepatu. Di atas asfal merah jambu.  Titis hujan  meresap ke dalam bumi.  Meninggalkan rumput-rumput hijau di mukanya.  Baru sekejap tadi.  

Bahang mentari yang menggigit tadi pagi sudah pergi entah ke mana-mana.  Mungkin ke langit ketujuh.  Atau mungkin sahaja hilang ghaib dipuput sendalu… 


Thursday, 9 March 2017

NOMBOR-NOMBOR


Nombor-nombor yang kecil, kalau dicantum-cantum, akhirnya akan memberikan nombor yang besar.  Apatah lagi jika nombor-nombor kepunyaan kita itu ditukar kepada nombor-nombor orang lain.
Kadang-kadang, duduk-duduk selama 1 jam itu sangat membahagiakan!


Wednesday, 22 February 2017

KEBUSUKAN DUNIA YANG KONONNYA WANGI

Janganlah kau percaya akan:

1.  politikus
2.  orang sastera.

Dua-dua kelompok ini memakai baju daripada jenama yang sama, iaitu "HIPOKRIT".  Politikus akan saling mencari akal untuk membesarkan tembolok masing-masing.  Orang sastera pula selalu berkira-kira untuk menyingkirkan "kepala yang tak sehaluan" ke pinggir jalan.

Walaupun kau ini seorang penulis yang bukan alang-alang.  Pernah menerima pelbagai anugerah di serata alam.  Sudah menulis semenjak berpuluh-puluh tahun yang lampau (waktu itu, lawannya masih lagi galak mandi bogel di dalam sungai dan parit).  Keintelektualan dalam sastera sudah terbukti dan diiktiraf. Tapi, kalau kau bukan berada di dalam tikungan yang sama yang dihuni oleh orang-orang sastera yang rapat dengan menara dan lantai tertentu, kau jangan terlalu menyimpan angan-angan yang terlalu tinggi.

Bermacam-macam alasan akan dicipta untuk menjadi justifikasi bagi menolak kau ke pinggir jalan, yang kadang-kadang alasan itu seperti si badut yang sedang menganjurkan kelas masakan, tapi cukup untuk menjadikan kau terus terpinggir.

Persetankan nilai-nilai kemanusiaan, wahai "orang-orang sastera"! Yang selalu kamu bengkelkan. Yang selalu kamu cari dan gali dalam karya-karya. Persetankan!

Kau bukan malaikat pun!

Monday, 20 February 2017

DUNIA KEMBIRI

Sedikit pengetahuan mengenai sains membuatkan kamu menjadi ateis, dan pengetahuan sains yang mendalam menjadikan kamu percaya akan tuhan.

Itu kata-kata Sir Francis Bacon.


WAKTU BAGAI ANGIN YANG MAMPIR TANPA ISYARAT.

Datangnya seperti selalu. Tanpa salam pada awal waktu. Menerpa dan masuk ke dalam kotakkotak. Kotakkotak ingatan. Kotakkotak kenangan. Dan. Seperti selalu. Hadirnya tanpa salam. Perginya tanpa pamit.

Dan waktu membawa kita berlari. Ke serata saujana. Mencari horizon. Serak pelangi di hujung perbukitan yang muncul selepas hujan, tidak mampu disentuh. Hanya indah di sudut mata. Lalu apa lagi yang mampu dilakukan? Memandang ke pepasir di pesisiran pantai. Dan. Kaki seluar yang basah disentuh masin segara. Dan. Butirbutir pasir yang berderai setelah matahari mulai memanjat dinding langit dan mengeringkan jejakjejak kaki di pantai. Hilang dan kabur sedikit demi sedikit. Sedikit demi. Sedikit. Sedikit. Demi. Sedikit. Sedikit...

Diam.


Monday, 3 October 2016

TUKUL & SABIT DAN VAGINA.

“Jika kau membaca al-Kitab tidak akan menjadikan kau seorang Nasrani.”

Entah di mana aku baca ungkapan ini, aku sudah lupa. Ya, ungkapan tersebut berbau idealistik, berbau hindustanik. Ia sekadar ingin memberi justifikasi:  aku boleh tulis apa-apa saja. Aku boleh terbit apa-apa saja. Aku boleh jual apa-apa saja. Jadi, aku tidak membuat salah apa-apa pun.

Jika kau menulis tentang “Cara-cara Merogol Perempuan  yang Balik dari Tempat Kerja  Seorang Diri” tidak semestinya kau akan menjadi seorang perogol.  Tetapi idea tentang cara-cara untuk merogol itu ada kemungkinan akan dibaca oleh seorang pedolifia yang mula bosan dengan kanak-kanak dan ingin menukar seleranya kepada perempuan yang lebih dewasa.  Daripada 1,000 orang yang membaca buku dummy mungkin akan ada 1 orang yang berkecenderungan sedemikian.  Dan yang seorang inilah yang boleh bikin gegak gempita satu negara!

Begitu juga kalau kautulis, kauterbit, dan kaujual buku tentang komunisme. Apa yang kaujangkakan daripada massa? Bahawa kau adalah penjaja ilmu dan kau bebas memperdagangkan apa saja yang kau mau? Bahawa kau bertindak atas dasar kebebasan tanpa sebarang sekatan? Bahawa kau punya suatu tanggapan iaitu massa mempunyai akal yang waras dan mampu menyisihkan intan dalam kaca? Bahawa kau ialah daripada kelompok kendiri, maka kau tak terikat dengan apa-apa jua etika?

Aku tiba-tiba teringat akan kelancangan (bukan KELATANGAN)kau memperlekeh, mengherdik, mencemuh, merendah-rendahkan, mencabar keintelektualan orang yang hanya “bersin di sisi reban ayam” kau. Begitu ghairah sekali kau menghambur kata-kata tanpa ada rasa malu, jauh sekali rasa hormat kepada manusia lain. Kelancangan kau itu aku tahu sebabnya. Sebabnya kau ingin dilihat sebagai pemberontak dan cuba menjadi pahlawan dalam kalangan penggiat yang satu aliran denganmu. Itu sahaja, tiada sebab lain.

Kau bertindak atas premis “kebebasan”. Tetapi kau harus sedar tiada kebebasan mutlak di mana-mana pun di ceruk dunia ini. Negara komunis sendiri pun tiada kebebasan mutlak. Hanya kerana kau tertidur sewaktu mesyuarat, kepala kau akan dihukum diletupkan dengan peluru senjata api. Kau tidak bebas untuk tidur sesuka hati walaupun kaukata tidur ialah kebebasan asasi kau.


Tukul dan sabit ialah simbol kepada komunisme. Kalau kau letakkannya pada kulit buku kau, apa yang kau fikirkan apa yang ada oleh orang yang melihatnya? Baiklah, kaukata bacalah buku itu dulu. Jangan terus terjah dan buat kesimpulan. Der, apabila sebuah buku yang kulit depannya ada seorang perempuan jelita yang berbogel, mengangkangkan kedua-dua pahanya, menampakkan vagina yang tergangga, apa yang kauharapkan daripada orang yang melihatnya?  

Begitu jugalah dengan buku komunisme kau itu.







BERHENTILAH SEKEJAP....

  Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...