Malam. Tapi tak berapa nak malam.
Gua lepak-lepak kedai mamak depan rumah. Orang tak ramai. Tapi tak berapa nak ramai.
"Weh, mana lu? Dah berakar bontot gua tunggu," gua kata via henpon import. Imported from China.
"Jap...jap...gua on der way," jawab kawan gua. Suatu jawapan yang tersangatlah standardnya. On der way kepala hotak apernya kalau masa tu baru nak pakai spender. Beb, orang kita. Macam tu la gayanya. Susah sangat nak ikut taim.
Sambil lepak-lepak, gua tunggu-tunggu. Sambil tunggu-tunggu, gua tengok tivi. Tah apa nama rancangan yang sedang tertayang, gua pun tak tahu. Gua masih lagi dalam tempoh pelaksanaan 'menghukum diri sendiri untuk tidak melihat rancangan Melayu terutama siaran berita dan juga drama Melayu'. Hari-hari dengar berita liwat, penat weh otak gua! Macam takder benda lain yang lebih syok di Tanah Melayu ini selain dari berita aktiviti 'belakang ada sondol'. Haprak betul!
Apabila teh tarik gua tinggal separuh, sambil ditemani mamak-mamak yang tercegat macam patung kat kuil Hindu, kawan gua yang tadinya 'on der way', sampai.
"Lu memang betul-betul ajaib," gua kata. "Rumah lu kat sebelah kedai mamak ni jer. Tak jauh. Kalau kentut kat sini, baunya boleh sampai kat rumah lu. Tapi on der way lu tu macam lu kena redah sebatang sungai yang penuh dengan buaya ganas. Punyalah lama gua tunggu kat sini," gua kata lagi.
Dia sengih-sengih. Petang tadi, masa gua kat opis, masa dia dia telepon gua kata nak jumpa, dan gua kata ok, gua dah tau yang dia nak jual insurans kat gua. Sebab dia kawan gua, gua kata ok. Sama ada gua nak beli insurans dia atau tidak, itu dah jadi soal nomor dua. Kalau dia pandai goreng, dan meleleh air liur gua mendengar gorenngan dia, malam itu akan jadi malam rezeki untuk dia. Gua akan angkat. Kalau tidak berapa nak menarik, gua dah siap-siap jawapan yang nak gua nak kasi :"Maap ler, duit mak bapak gua berkepul-kepul kat dalam bank. Duit mak bapak gua, duit gua la. Tu belum lagi kira tanah kebun, tanah tapak rumah, tanah pusara....ehhhh...silap....tanah pusaka, kambing, kerbau, lembu [walaupun tak tinggal kat kondo One Two Three Menerung], ayam, itik dan sebagainya [dan sebagainya itu selalunya diguna pakai untuk sesuatu yang sememangnya sudah tidak ada], kalau gua tak amik insurans lu, gua rasa gua boleh survive." Jawapan yang sangat bermuka-muka dan suatu pembohongan yang melampau-lampau. Tapi pembohongan itu tidak ler melampau sangat seperti pembohongan bapak dan ibu menteri yang sibuk mentekedarah duit orang.
Dia pun pung! pang! pung! pang! tentang kebagusan dan kehenseman insurans yang dia jual. Gua hanya "Emmmm.....oooooo....hmmmmm...".
Last-last, gua kata, "Bagi gua apa-apa kertas yang boleh gua baca. Biar gua study dulu. Nanti aki kasi tau."
"Orait," dia kata.
Kemudian gua teruskan aktiviti menarik teh dalam gelas. Dia pulak tengok berita dalam tivi.
Tiba-tiba dia kata, "Apa ler orang-orang ameno ni. Studen turunkan bendera Najib pun nak kecoh. Suci sangat ke Najib tu?"
Gua letak gelas atas meja. Gua jeling kat tivi. Ada beberapa orang buat ulasan. Kaw kaw kutuk student yang turunkan bendera gambar Najib.
"Tak salah ke buat camtu?" sajer gua tanya soklan berpancing.
"Memang tak salah. Undang-undang mana yang kata salah?" balas dia.
"Kalau camtu ler, mahasiswa yang pro-aspirasi boleh ler yer pegi Markas DAP ke, atau markas PKR ke, tak pong pegi Taman Melewar. Pastu turunkan bendera diorang. Agak-agak lu ler, penyokong tegar depa tu akan tersenyum sampai ke telinga ke?" tanya gua.
Kemudian gua tambah, "Silap-silap segala panggilan kafir, sesat, munafiq, dan segala bagai akan berhamburan keluar."
Beb, gua tak suka korupsi lembu di kondo. Gua juga benci dengan keborosan big mama. Tapi gua tak suka berada di lantai yang senget sebelah. Turunkan bendera orang lain tak salah dari sudut mana-mana undang-undang pun. Tapi dari segi moralnya, ia tak berapa nak cantik ler.
Lu pegi rumah orang. Lepas tu lu rentap kain langsir tuan rumah sebab lu tak berkenan dengan kalernya. Tak boleh ler buat camtu. Kalau lu kena lempang kat tuan rumah, itu memang ngam sangat la.
"Mintak Dunhill sebatang. Gua punya dah habis la," dia kata pelan-pelan.
Gua tolak kotak Dunhill ke depan dia. Dia ambil. Dia cucuh. Dia sedut dalam-dalam. Dia hembus kuat-kuat.
Huh, macam tak puas hati lagi tu....
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Thursday, 5 January 2012
Wednesday, 4 January 2012
Para Setan Bisu
Bila ada orang mahu disumbat ke penjara, berderu-deru yang nak berhimpun.
Bila bendera Pi Em diletak atas simen konkrit, meroyan giler
babi para pemikul dacing karat.
Bila kepala BABI diletak di masjid, semua jadi setan bisu!
Mana FRU yang seronok membelasah anak-anak universiti?
Mana Brahim yang sanggup bermandi darah andai Melayu disentuh?
Mana para pembela lembukondo yang menelan ratusan juta duit
rakyat?
Mana barisan baju kuning?
Mana perawi 1Malaysia?
Sangat seronok yer kamu bergasak sesama sendiri. Tapi hilang lidah apabila masjid diletak
kepala BABI.
Tuesday, 3 January 2012
Bila Kutu Jadi Cikgu
Masa tu, gua cikgu lagi.
Tapi gua pakai main bedal jer.
Jeans lusuh koyak kat lutut. T
shirt comot. Sneaker buruk. Dan rambut gua, secara relatifnya kalau mahu dibandingkan
dengan rambut ustaz atau budak2 Pusat Serenti, gua ada rambut panjang.
Masa tu, gua cikgu lagi.
Dan pada suatu hari:
“Bedul ngan Peah dah nak kahwin. Minggu depan,” kata Mail.
Gua dengar. Gua
senyap. Gua tak bagi apa-apa respon.
“Puak-puak tu ada ajak kau ke?” Mail tanya gua.
Gua geleng kepala.
Elehhhh...kutu macam gua ni saper la yang nak amik buat
geng. Lagipun Bedul ngan Peah ni berimej
muslim dan muslimah. Sangat kontra ngan
gua. Jadi biarlah geng-geng ustaz,
geng-geng yang berjanggut sejemput, geng-geng yang bila bercakap selalu pandang
lantai uruskannya. Sebab gua kutu, satu
patah ajakan pun gua tak terima. Padahal
satu tempat kerja. Sama-sama jadi cikgu
kat sekolah yang sama. Bedul pun kira
selalu la duduk semeja minum teh tarik di kedai mamak. Peah pula selalu bersembang ngan gua dalam
bilik guru. Yang ustaz, yang ada janggut
sejemput, yang bercakap selalu tengok lantai pun kira satu geng jugak. Tapi mungkin sebab gua berimej kutu, walaupun
gua dikira senior di sekolah itu, gua tak diambil kira.
Ada gua kisah? Sikit
pun gua tak kisah...hek eh!
Diorang masa nak bincang tentang majlis kahwin tu pun main
bisik-bisik sesama sendiri. Takut gua
and the gang dengar la kot. Mungkin
diorang takut kalau gua dengar maka gua akan kata, “Ajak la aku sekali....ajak
la aku sekali!” Pastu, kalau gua terajak
masuk dalam AJK tak rasmi diorang, mungkin diorang fikir gua akan membantutkan
imej suci murni diorang.
Pastu, Bedul dan Peah pun kahwinlah.
Enam bulan kemudian, pagi-pagi buta gua masuk bilik guru nak
sain kedatangan. Ada tertulis “Peah dah
selamat bersalin anak perempuan” kat papan putih.
Gua terkebil-kebil.
Mak datuk, ekspres giler diorang ni. Enam bulan dah dapat anak. Gua tak fikir apa-apa yang gelap sebab Peah
dan Bedul ni gua tengok memang muslim dan muslimah. Takkan ler diorang nak buat advance sebelum
Bedul hingguk tangan tok kadi. Mungkin
Peah terberanak awal. Mungkin baby dalam
kandungan Peah tak sabar-sabar nak keluar.
Tu yang tak sempat nak tunggu sampai sembilan bulan. Itu yang gua fikir.
“Cuba kira betul-betul,” kata Hasim. “Diorang nikah bulan [sekian-sekian], tapi
sekarang ni baru bulan [sekian-sekian].
Baru enam bulan. Kompom diorang
advance ni,” Hasim kata lagi.
Sedikit sebanyak, gua termakan hasutan Hasim. Mungkin kot!
Kedian, hasutan Hasim itu menjadi bertambah nyata apabila
tiba-tiba di papan putih terpadam pemberitahuan awal tentang pemberanakan tersebut. Dan diganti dengan “Harap maklum, Peah belum
beranak lagi”
Haissshhh....beranak memberanak pun boleh main silap-silap
buat pengumuman. Dan lebih menjadikan
hasutan Hasim bertambah kukuh pengumuman pembatalan pemberanakan tadi mengambil
hampir empat jam untuk dibetulkan.
“Takkan ler adik sendiri pun boleh tersilap membuat
pengumuman beranak kakak sendiri?” fikir gua.
Dan geng ustaz-ustaz, yang berjanggut sejemput, yang bila
bercakap tengok lantai... gua tengok macam baru kena sergah hantu raya!
Dan gua yang kutu ini terus dengan aktiviti biasa : pekena
teh tarik dengan roti kobra di restoran Habeeb bila takder kelas bersama-sama
Husairi, Masrizal dan Fazman, ahli kumpulan gua yang juga selalu dipandang
serong oleh geng2 berjanggut sejemput.
Friday, 23 December 2011
Kereta Api Malam
Dia menutup pintu itu bagaikan ingin memecahkannya dan tanpa sebarang kata dia menekan butang lif. Sebaik pintu lif terkuak dia melangkah tanpa memandang ke sudut dinding berkaca seperti yang selalu dilakukannya.
“Aku suka melihat cahaya matahari pagi. Ia mengingatkan aku bahawa Tuhan memberi rahmat-Nya untuk aku terus berjalan dan bernafas. Sekali gus Tuhan bagaikan menghantar kan isyarat-Nya supaya aku sentiasa sujud kepada-Nya tanpa gagal,” begitu jawapannya pada suatu pagi setelah aku bertanya tentang kesukaannya melihat cahaya matahari pagi.
Tapi, pagi itu, dia bagaikan lupa akan rutinnya.
Terlupakah dia akan nikmat Tuhan yang dilimpahkan-Nya pada setiap pagi?
Alpakah dia untuk terus bersujud seperti yang selalu dilakukannya?
Aku biarkan dia pergi tanpa sebarang soal. Biarlah. Mungkin ada sedikit kecelaruan dalam dirinya setelah aku mengatakan bahawa apa-apa yang telah dilakukannya pada hari sebelumnya adalah salah dan tidak patut diulangi untuk hari-hari berikutnya.
“Memang dia akan datang secara tersusun tetapi engkau juga harus ingat yang dia akan pergi sesuka hatinya sama ada tanpa engkau sedar atau tanpa engkau mengatakan tidak kepadanya,” aku cuba mengingatkan dia tatkala dia datang dan menarik kerusi dan duduk di sebelah meja aku.
Untuk cuba menantikan cahaya merah matahari terbenam pada musim tengkujuh hanyalah suatu perbuatan yang sia-sia. Dan aku cuba mengingatkan dia tentang itu. Hanya sekadar untuk peringatan. Tidak lebih daripada itu. Tidak lebih. Tidak.
Tatkala aku sedang melihat sepasang merbah di koridor pejabat, suatu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon genggam aku yang menghantar pesanan, “Dia sedang menantikan kereta api malam untuk menuju ke Timur.”
Aku mengumpul dua ranting kayu halus yang satunya panjang dan satunya pendek. Yang panjang untuk ‘ya’ dan pendek untuk ‘tidak’. Aku meletakkan nasib pada dua ranting kayu halus untuk memberikan jawapan. Ternyata ranting kayu halus panjang yang tercabut daripada genggaman tapak tangan aku walaupun aku berharap agar aku mendapat yang pendek. Celaka apakah yang akan berada di landasan kereta api malam yang ingin ditumpanginya tidak ingin aku mengambil tahu kerana aku hanya bersedia dengan jawapan untuk ranting kayu halus kecil.
Aku duduk di koridor untuk beberapa jam yang berikutnya yang sengaja aku lakukan sambil berharap pasangan merbah yang telah menghilang itu kembali bertenggek di hujung dahan acacia dan sambil menuangkan waktu ke dalam lajur-lajur detik dan minit dan jam. Aku sengaja berbuat demikian kerana aku berharap aku akan mendapat ranting kayu halus panjang kerana itu yang aku harapkan kerana aku tidak akan mengangkat tanganku untuk memberi lambaian bagi mengucapkan sayonara kepada dia kerana itulah yang telah dipilihnya dan aku tidak ingin berasa menyesal sepanjang hidup.
Dan memang aku sengaja sampai terlalu lewat di stesen kereta api dan seluit kereta api malam yang berbunyi sebaik aku melangkah masuk ke pintu depan stesen telah berada dipihak aku. Aku tidak mengangkat tangan untuk menghantar sayonara dan dia juga tidak tahu yang aku ada di stesen pada malam itu tetapi tidak pernah melihat haluan landasan kereta api malamnya.
Malam itu kereta apinya meluncur perlahan-lahan yang melaju kemudiannya di atas landasan yang dialas dengan kerikil-kerikil yang diambil dari bukit di sebelah teluk hujung sana. Dan kereta api itu tentunya akan kembali ke stesen itu semula dan aku tidak peduli sama ada dia juga berada di dalam kereta api yang kembali itu atau tidak. Aku tidak ingin mengambil tahu apa-apa lagi.
Thursday, 22 December 2011
Temu Ramah Sesuka Hati [siri II]
Poora-poora : Suka menulis ke?
Gua : Suka
Poora-poora : Sejak bila menulis.
Gua : Sejak dajah satu lagi.
Gua suka menulis sejak dajah satu.
Gua tak masuk tadika sebab kat kampung takder tadika. Kalau masuk tadika, rasanya sejak tadikalah
gua suka menulis. Bila masuk dajah satu,
macam-macam gua tulis. Mula-mula cikgu
gua yang montel tu ajar tulis ABC. Tulis
jawi pun ada. Bukan macam sekarang ni. Tulisan jawi dah pupus kat sekolah. Lama-lama tulisan jawi akan mati camtu
jer. Tu ler orang kita. Bila dah pegang kuasa bukannya nak
pertahankan apa-apa yang ada. Nak
kembangkannya jauh sekali. Tak silap
gua, Menteri Pelajaran Malaysia yang tah apaker namanya yang hapuskan tulisan
jawi. Sayang beb! Sebab apa?
Sebab tulisan jawi ni kira macam identitikal bangsa Melayu. Bila dah hapus tulisan jawi, generasi
berikutnya dah tak tau baca dan tulis jawi.
Akhirnya salah satu identiti bangsa Melayu lenyap.
Poora-poora : Cop! Cop! Cop!
Apa yang saudara duk merepek ni?
Saya tanya lain, saudara jawab merapu-meraban.
Gua : Tah. Gua
kadang-kadang lupa daratan kalau menjawab soklan.
Poora-poora : Seriuslah sikit. Orang tanya betul-betul, dia selalu jer nak
main-main. Jawab betul-betul. Nanti saya belanja beger kat Mekdi.
Gua :
Ekekekekek....ok.
Poora-poora : Sejak bila mula menulis? Jangan jawab semenjak dari darjah satu
ekkk...kita tak suka.
Gua : Seingat gua la, sejak dari sekolah rendah lagi memang
gua suka menulis. Masa sekolah rendah,
kalau bab karangan, cikgu selalu baca karangan gua kat depan kelas. Cikgu kata “Ini contoh karangan yang bagus”. Kembang kempis der lobang idung gua. Dan pengembangan dan pengempisan lubang idong
gua tu berterusan sampailah ke sekolah menengah. Karangan gua ada la juga keluar dalam majalah
Dewan Pelajar dan akhbar mingguan Mingguan Kanak-Kanak. Kedian, masa gua form four , gua hantar
cerpen kat radio Malaysia. Sajer jer
suka-suka nak test power la konon. Tah
macam mana, cerpen gua kena baca kat radio.
Tak silap gua, penyampai radio masa tu Mazni Yusof. Sekarang dah datin dah dia. Masa gua tahun 1 kat UM, jabatan gua ada buat
lawatan kat RTM. Alaaaa...kat tepi rumah
sewa gua jer pun kat Pantai Dalam. Masa
lawatan tu ler gua nampak Mazni Yusof hidup-hidup. Dalam hati gua kata, hah...inilah orang yang
baca cerpen aku kat radio. Pastu,banyak
la gua tulis. Tapi gua tulis suka-suka
jer. Gua tak hantar kat mana-mana
pun. Habis tinggi gua bagi kat kawan gua
yang jadi ketua pengarang majalah kolej kediaman. Itu pun setelah dia memujuk rayu gua dengan
mee sepinggan dan air sirap segelas suruh gua menulis. Sebab takder orang nak menulis. Sekian,
terima kasih.
Poora-poora : Sekarang, kalau saudara menulis, saudara suka
tulis tentang apa?
Gua : Gua main belasah jer.
Semua gua tulis. Tapi kalau cik penanya soklan peratikan apa yang gua
tulis kat belog, sebenarnya gua ada selit-selitkan beberapa isu secara tak
langsung. Gua tulis dalam bentuk yang
paling santai, bagi gua ler. Bagi orang
lain gua tak tahu. Macam juga dengan
cerita-cerita rakyat warisan orang-orang Melayu. Pak Kaduk, Lebai Malang, Mat Jenin, Si Luncai
dan banyak lagi tu sebenarnya sarat dengan kritikan sosial. Tetapi ia disampaikan secara santai dan lawak
jenaka. Orang-orang Melayu dahulu,
apabila diperdengarkan cerita-cerita ni, mereka gelak sampai pecah-pecah
perot. Tapi sebenarnya mereka tak sedar
yang mereka sedang dikritik oleh tukang-tukang cerita, oleh Tok Selampit, oleh
Awang Batil, oleh penglipur lara, oleh Tukang karut dikir Barat, oleh Tok Peran
Makyung.
Poora-poora : Apa pula teknik dan gaya penulisan yang
saudara guna?
Gua : Teknik yang gua pakai ialah teknik yang dinamakan ‘aku
belasah sesuka hati apa kau nak peduli’.
Tentang gaya penulisan pula gua pakai ‘aku punya tulisan, ikut aku ler
nak pakai gaya apa-apa pun’. Pendek
kata, gua hanya pakai teknik dan gaya sesedap anak tekak gua. Gua boleh tulis dengan teknik dan gaya
tertentu sebab gua banyak tahun juga ler duk pung! pang! pung! pang! sastera Melayu
tingkatan 6. Kalau nak tulis ikot
Tatabahasa Dewan sebijik...sebijik pun boleh sebab gua belajar benda tu kat
Universiti dulu. Tapi semua tu, gua
simpan atas meja. Gua pakai semua tu
untuk kerja-kerja formal gua yang bersangkutan sembelih menyembelih manuskrip.
Poora-poora : Macam mana pula dengan membaca? Suka?
Gua : Oooooooooooo....gua memang suka membaca. Kalau tanya sebab apa suka membaca, gua
takder jawapan. Gua rasalah sebab
persekitaran kot. Bapak gua suka baca
surat kaba, baca buku, dan apa-apa sahaja.
Masa gua kecik-kecik, bapak gua cakap gua selalu duk atas riba dia masa
dia baca buku. Dia kata lagi, masa dia
baca buku, mata gua asik duk tengok tulisan-tulisan kat buku tu. Dia kata gua berlagak siot...macam ler gua
pandai baca. Kedian, masa gua dajah 2,
gua dah boleh baca dengan lancar. Abis
segala surat kaba gua baca. Masa gua
dajah 3, gua dah baca buku-buku hikayat macam Hikayat Merong Mahawangsa,
Hikayat Abdullah, Sejarah Melayu dan banyak lagi. Kesemua buku tu, bapak gua yang punya. Kedian nak jadikan cerita, bapak gua tah dari
mana tah dia amik ensiklopedia penuh satu kotak. Jadi, hari-hari gua duk mengadap ensiklopedia
tuh. Masa gua dajah 4, gua masuk library
sekolah. Gua pinjam Hikayat Hang
Tuah. Kaler kulit buku itu hitam. Ada gambar sebilah keris kat kulit
depan. Buku tu punyalah berat. Kalau jatuh kat atas kepala, rasanya mahu koma
dua tiga bulan. Satu minggu, habis gua
baca Hikayat Hang Tuah. Pastu, masa gua
sekolah rendah lagi gua dah baca majalah Dewan Masyarakat. Bukan gua yang beli tapi kakak gua yang masa
tu nak amik STPM. Masa kakak gua amik
SPM, ada buku Khadijah Hashim bertajuk Badai Semalam yang jadi buku teks. Pun gua balun gak. Pendek kata, sejak dari gua pandai membaca
sampai la sekarang, tak abis-abis gua membaca.
Sampai la gua jadi cikgu, mengajar Pengajian Am lagi la gua banyak
membaca. Dan sekarang ni gua kerja
dengan buku. Syok der, sebab gua dibayar
tiap-tiap bulan untuk baca buku. Orang
lain belum baca lagi, gua dah abis baca dah.
Errrr...cik penanya soklan.
Belanja gua beger mekdi. Yang
dabel punya. Lapar lah.
Poora-poora : Iyo laaaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)
BERHENTILAH SEKEJAP....
Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...