Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Sunday, 31 January 2010
Friday, 29 January 2010
Enam aksara untuk dilelong
Senja itu. Langit berbingkai merah.
Sekeping kertas dibawa angin. Di kaki gua, kertas itu jatuh. Gua tunduk dan ambil. Sehelai kertas yang renyuk. Gua buka. Menerpa bau yang sangat hanyir.
“Entah dari tong sampah mana kertas ini datang?” kata mulut gua kat hati gua.
Gua buka kertas yang renyuk dan hanyir itu. Ada tulisan. Dakwatnya seperti berasal dari darah, tapi sudah beku. Lima aksara tercatat di situ;
Aksara 1 : a
Aksara 2 : h
Aksara 3 : A
Aksara 4 : M
Aksara 5 : U
Aksara 6 : r
Aksara-aksara tersebut gua pandang. Sangat tidak konsisten susuk aksaranya. Gua meneka-neka apa yang ada pada aksara itu.
Enam aksara itu gua susun di atas lantai simen yang dingin.
Dan kemudian, bingo! Gua dah dapat menyusunnya.
“Dude, apa lu buat?” tanya pipit itu. Entah dari mana datangnya.
“Gua tengah menyusun aksara-aksara ini,” kata gua.
“Macam menyusun satu silang kata,” gua kata lagi.
“Mmmm…” kata pipit. Sayapnya dikibas-kibas untuk menyeimbangi tubuhnya yang sekepal itu.
“Aku rasa, aku pernah jumpa kertas beraksara enam ini,” kata pipit.
Gua duduk. Mengambil angin dan udara.
“Dulu, beberapa kali aku tersasar ke tong-tong sampah,” kata pipit.
“Di sanalah aku melihat kertas beraksara enam ini,” pipit kata lagi.
Gua diam.
Gua dengar.
Pipit bercerita.
“Dude, aku rasa kau tertinggal beberapa aksara lagi. Ada di belakang kertas itu. Tersembunyi. Kau tak nampak, mungkin,” kata pipit. Macam ada permainan teka-teki.
“Aksara apa?” gua tanya.
“Hahahahaha….” pipit ketawa.
“Nama kau!” kata pipit di celah-celah deraian ketawanya.
“Aksara enam itu telah terdampar dari satu tong sampah ke satu tong sampah. Mungkin dibawa angin. Mungkin ada makhluk yang menjadi tukang bawa.” kata pipit.
Kertas beraksara enam itu sangat hanyir baunya.
Sayup-sayup gua terdengar suara hilaian di serata tempat. Hilaian kemenangan mungkin. Bunyi tangan yang ditepuk-tepuk juga ada di sana.
Memang patut mereka ketawa sebab aksara enam dan aksara gua itu ada dalam tong sampah.
“Selamat pagi,” kata pipit. Pipit terbang lagi
Duhai alam,
Apabila ada makhluk Tuhan yang menjaja, maka percayalah jajaannya tak pernah berhenti!

Thursday, 28 January 2010
Gua marah dia, gua yang hantar dia bertemu baliaunya.
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat.
Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SMK Sandakan sangat sunyi. Semua penghuni sudah kembali ke kampung halaman masing-masing.
Pagi. Gua baru pulang dari sarapan. Semasa menyusur kaki lima dewan makan asrama, gua lihat seorang pelajar lelaki. Dia duduk di kaki lima tersebut. Tiang di kaki lima itu menjadi tempat dia bersandar. Matanya dilempar ke arah bangunan sekolah yang kosong. Gua lihat pandangannya kosong, sama seperti bangunan sekolah itu.
Niat gua untuk terus ke bilik warden, gua simpan dulu. Gua menapak ke arahnya.
Sebaik dia menyedari gua ada di belakangnya, dia bangun. Cepat-cepat. Tangannya mengipas-ngipas habuk dan debu yang singgah di punggung celananya. Sehelai celana sekolah yang sudah lusuh. Gua lihat ada tampalan di bahagian punggung. Gua rasa, celana itulah satu-satunya yang dimilikinya.
“Eh, cigu,” dia kata. Ada sedikit terkejut pada wajahnya.
Gua senyum.
“Kamu sudah makan?” gua tanya.
“Suda” kata dia ringkas.
Gua tengok dewan makan asrama. Memang tiada apa-apa di situ. Tiada tanda-tanda makanan terhidang di situ. Tray plastik dan gelas plastik tersusun di atas sebuah meja. Tiada tanda-tanda digunakan.
“Kamu makan apa?” tanya gua.
“Megi bah cigu,” kata dia.
Gua senyum. Dia pun senyum.
“Mana kawan-kawan yang lain?” tanya gua.
“Balik kampung suda semuanya,” kata dia.
“Kamu, tak balik?” tanya gua.
Gua merenung matanya. Gua dapat membaca riak-riak kecil tetapi bergelombang dalam jiwanya.
“Aku punya kampung jauh bah cigu,” kata dia.
“Kampung kawan-kawan kamu pun jauh juga. Boleh juga mereka pulang ke sana,” kata gua. Gua mengambil satu tiang dan bersandar di situ.
“Baliau durang mengasi duit sama mereka. Bulih la durang balik kampung,” kata dia. Suaranya antara dengar dengan tidak. Seperti sedang menelan sesuatu yang amat pahit dan tersangkut pada rongga tekaknya.
“Baliau kamu nda kasi duit sama kamu ka untuk balik kampung?” gua tanya.
Dia menjawab dengan gelengan kepala.
Matanya…sangat sayu dan kosong.
“Baliauku susa bah cigu. Baliau lalaki kerja estet. Baliau parampuan nda karja. Jaga adik saja dirumah. Duit yang dikasi baliauku ini pun aku simpan untuk perbelanjaan sikul. Kalau aku pulang ke kampung, kasian aku sama baliauku. Nanti dia kena berhutang lagi untuk mengasi duit tambang untuk aku balik sini,” dia kata.
Gua mula faham.
“Di mana kampungmu?” gua tanya.
“Tomanggong” jawab dia.
“Kalau mau pigi sana bulih ikut jalan laut. Ada juga yang naik kapal terbang,” dia kata lagi. Kali ini dia sudah petah bercerita. Gua hanya menadah telinga.
“Panjang bah cuti ini. Seminggu. Kamu satu orang saja di sini,” kata gua.
“Nda apa bah cigu. Aku pun suda biasa begini,” dia kata. Matanya kosong.
Gua diam. Dia pun diam.
“Kamu mahu balik Tomanggong?” tanya gua.
“Mau la bah. Tapi nda apalah. Aku sabar-sabar sajalah,” kata dia. Matanya masih kosong.
Gua mengambil dompet duit dari jeans levis lusuh yang terkoyak di bahagian lutut, jeans yang gua sedang pakai. Gua mengambil beberapa helai kertas yang ada nilai. Ada beberapa helai sebenarnya di situ. Gua mengambil helaian-helaian itu, dan gua tinggalkan satu helai untuk gua sendiri.
“Nah, ambil ini. Kamu pegi beli tikit. Besok kamu balik kampung,” kata gua.
Dia memandang gua. Dia statik. Dia tak berkata apa-apa.
“Ambil la bah,” kata gua.
“Tentu baliau kamu akan gembira kalau kamu balik kampung. Adik-adik kamu juga,” kata gua.
“Banyak bah ini cigu. Tambang kapal nda sampai begini banyak,” kata dia.
“Tak per. Belikan apa-apa untuk baliau kamu. Untuk adik-adik kamu juga. Selebihnya kamu simpan. Buat belanja sekolah,” kata gua.
“Terima kasih bah cigu,” dia kata. Kata ‘terima kasih’ yang diucapkannya itu sangat lain kedengarannya kat telinga gua. Bukan seperti ‘terima kasih’ yang dilaungkan beramai-ramai setiap kali gua hendak keluar dari kelas.
“Nanti sampaikan salam saya kat baliau kamu. Belajar bagus-bagus. Kasian bah baliau kamu tu mencari duit untuk kasi kamu sekolah,” kata gua.
Pause
Besoknya, gua sudah tidak nampak kelibatnya. Asrama SMK Sandakan memang sudah kosong. Tiada lagi penghuninya yang tertinggal.
Semua sudah kembali ke kampung halaman.
‘Dia’ yang pernah gua denda dan marah dalam kelas kerana tak menyiapkan kerja rumah juga telah balik ke Tomanggong.
Gua marahkan dia dalam kelas, tapi gua juga yang ‘menghantarnya’ pulang ke kampung halaman, untuk berjumpa dengan baliaunya. Untuk bermain dengan adik-adiknya. Untuk hidup dengan alamnya.
Betul, gua tak mahu dia tewas. Gua tak mahu semua yang gua didik tewas.
End

Wednesday, 27 January 2010
Tentang Sara
Bila gua munculkan watak Sara dalam cerita gua, gua tak pernah menyangka yang watak itu akan menjadi tumpuan.
Ada yang bertanya gua secara langsung “Siapa Sara?”. Banyak juga yang berhubung melalui emel untuk bertanya tentang Sara.
Memang ramai yang berminat dengan watak ini.
Maka, sekarang ini gua nak bercakap tentang Sara:
Watak ini sengaja gua munculkan. Kenapa watak ini diberi nama Sara?
Begini,
Nama Sara itu bagi gua ialah nama yang ada di mana-mana. Maksudnya, kalau lu perhatikan, dalam mana-mana budaya masyarakat, nama Sara itu bukanlah nama yang janggal. Kalau Gua pergi ke Alaska yang sangat sejuk itu, gua boleh bertemu dengan orang yang bernama Sara. Kalau gua tersesat di Papua New Guniea, gua rasa gua juga boleh bertemu dengan orang yang bernama Sara. Bagi gua, inilah keuniversalan nama Sara. Maka kerana itu gua memilih nama Sara. Gua tak memilih nama Temah atau Bedah atau Cempaka atau Siti Nurhaliza kerana nama-nama itu hanya terdapat dalam lingkungan budaya setempat sahaja.
Lu faham?
Kemudian,
Sara juga ada di mana-mana.
Sara ada di Bukit Damansara yang elit, mahligai berpagar konkrit yang tidak pun sedar bahawa jiran sebelah sudah 4 hari meninggal kerana ditembak perompak.
Sara juga turut wujud di belakang lorong-lorong hitam di Bukit Bintang bertukang dengan noda dan dosa.
Sara juga ada di Sandakan, bekerja di warung-warung nasi kuning mengais rezeki yang hanya secuit tetapi halal.
Sara juga berada di tingkat 88 di KLCCdan kemudiannya turun ke SURIA KLCC. bershoping dengan kad hutang yang dibekalkan oleh “bapa gula”.
Sara juga seorang perempuan yang tak mahu adiknya merasai nasi berulam garam seperti yang pernah singgah di kerongkongnya pada zaman kecilnya dahulu.
Sara juga saban malam akan menjamu selera dengan hidangan-hidangan ‘dari syurga’ di Gastronomic, yang di atas meja terdapat sebatang lilin dan ros merah.
Lu faham?
Kemudian,
Bila gua berfiksyen, gua jelmakan watak Sara itu sehidup yang mungkin. Dan gua juga dapat berasa yang watak ini benar-benar hidup. Maka kerana itu gua tak hairan, kalau ada orang yang beranggapan Sara ini watak yang benar-benar ada.
Untuk sesiapa yang bertanya tentang Sara, siapa Sara, maka gua akan jawab, “Ya, Sara memang ada. Seorang Sara yang ada di sekeliling kita. Dan seorang lagi Sara yang berada dalam fiksyen gua!”.
Itulah Sara. Sara ada di mana-mana.
Sara ada berhampiran dengan lu…
***********
Tiba-tiba datang pipit itu dan bertanya “Aku ni pula, siapa?”
“Lu punya hikayat, lain hari gua kasi tau,” kata gua.
Gua melihat kocek kanan baju gua. “Oh, masih ada lagi.”
*Pause*

Pesanan Tuan Tanah
Waktu gua mula-mula berblog, gua conteng apa yang gua rasa mau conteng.
Sekarang pun masih tetap begitu. Gua akan conteng apa-apa yang gua rasa mau conteng. Waktu mula-mula gua berblog, sekitar 2007, gua fikir contengan gua hanyalah gua seorang yang baca. Gua tulis sendiri, kemudian gua baca sendiri. Kemudian gua syok sendiri. Gua peduli apa???
Gua tak pernah terfikir, blog gua akan ada pembaca. Gua juga tak pernah terfikir, ada sesetengah pembaca blog gua ini ‘terikut-ikut’ masuk ke dalam dunia imaginasi yang gua tulis dalam blog.
Kepada semua yang sudi membaca;
1 Inilah bahasa gua, kadang-kadang lurus tanpa berselindung, kadang-kadang memerlukan sedikit akal untuk memahami.
2 Kadang-kadang gua terpaksa memotong komen-komen yang terlalu meracau tanpa sebab. Dan yang meracau-racau tanpa sebab tu, sebenarnya gua tau siapa mereka. Dalam dunia teknologi di hujung jari ini, bukan susah nak mengesan mereka walaupun menggunakan anonymous. Mangsa pertama gua ialah Haris si peguam muda yang gua sergah semasa dia sedang sekodeng blog gua....hahahaha.... Tapi lu kool dude!
Nama, peta, alamat rumah, si anonymous semua ada. Tapi lu jangan bimbang, gua tak akan serang lu. Lu nak komen, lu komenlah. Tapi kalau lu dah terlalu merapu, gua sebagai tuan tanah akan menggunakan kuasa gua. Dan lu jangan bimbang, gua takkan hebahkan nama lu dalam blog ini. Biar gua seorang sahaja yang tahu siapa lu.
3. Blog gua bercerita tentang hidup. Kalau kebetulan bersangkutan dengan hidup lu, anggaplah itu hanyalah kebetulan.
4. Terlalu banyak juga yang tersilap pemahaman tentang apa-apa yang gua conteng. Gua cuba sampaikan satu benda. Tapi ada yang memahaminya tidak sealur dengan apa yang cuba gua sampaikan. Oklah, gua paham. Karya kreatif boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara. Tapi kalau lu dah paham lain, kemudian lu membuat komen yang tersasar, lu bayangkankan apa sebenarnya kesannya kepada orang lain yang membaca blog gua.

Tuesday, 26 January 2010
Monday, 25 January 2010
Kata Zizie
Kata zizie:
kalianlah pahlawan berkuda
dengan pedang sumbing dan sangga berlubang
menghambur tanpa gemuruh
tanpa walang
dan meskipun tiada kepala seteru diuncang untuk di bawa pulang di hari pertemuan
cukuplah hanyir darah yang memercik di muka.
aku hanyalah pemanah tanpa nama
terhendap-hendap di balik bukit-bukit pejal
dan panahan pula kerap tersasar
namun yakinlah bahawa aku tidak akan kembali ke lembah
sebelum perang ini usai.

Radzfar
Gua sedang merayau-rayau di sekitar Cheras Leisure Mall. Sengaja berbuat demikian. Sekadar melepaskan masa luang yang terkurung.
Telefon bimbit gua, buatan China, meraung-raung. Gua nampak sebaris nombor tanpa nama.
“Hello…” kata gua.
“Hello cigu..” kata suara di hujung.
“Hah, Radzfar..” kata gua.
“Hehehehe…cigu masih cam suara saya!” kata suara di hujung talian.
“Hahaha…” kata gua. Sudah hampir 12 tahun gua terpisah dengan generasi Radzfar. Tapi gua masih mampu mengingat suaranya.
“Dengan rendah hati, saya nak belanja cigu makan tengahari,” kata Radzfar.
“Boleh, no problem. Di mana?” gua tanya.
“Cigu di mana sekarang? Saya di ofis di Mid Valley,” kata Radzfar.
Gua mencongak-congak tempat yang sesuai. Senang untuk dia sampai, senang untuk gua pergi.
“Seksyen 8 PJ, bagaimana?” cadang gua.
“Di mana tu?” tanya Radzfar.
“Kalau kau dari Mid Valley, menghala ke Kelang, kau nampak Hotel Hilton, kat situlah,” kata gua.
“Oh, tau-tau. Kita nak lunch kat Hilton ke?” tanya Radzfar.
“Kalau kau nak makan kat sana, kau makanlah sorang-sorang tanpa aku. Aku suka tempat para marhaen selalu makan,” kata gua.
“Hahahaha..” kata Radzfar.
“Kat sana tu ada satu food court. Kita makan saja di sana. Tak payah makan di hotel,” kata gua.
Gua memang sangat tak gemar makan di tempat para kapitalis berkumpul. Minggu lepas, gua baru sahaja lunch di Shangri La. Kalau gua diberi pilihan, gua lebih suka makan di kedai mamak. Tapi gua tiada pilihan.
Sebab itu, gua tak pergi ke Mandarin Oriental kerana gua ada pilihan.
Dude, memang lu nampak bergaya dan berimej elit kalau lu masuk ke hotel 7 bintang itu! Tapi gua memilih untuk menjadi diri gua.
Sesampai di food court yang dimaksudkan, cahaya matahari sangat mengigit.
“Aku sudah sampai,” kata gua via telefon bimbit.
“Saya ada di sebelah kanan bahagian hujung food court. Saya nampak suda cigu..” kata Radzfar
Gua melempar pandangan ke bahagian sebelah kanan food court. Gua nampak Radzfar. Tubuhnya agak berisi sekarang. Mukanya bulat dan tembam.
Radzfar datang ke arah gua. Gua pergi ke arah dia.
Dia menyalami gua dengan erat. Tangan gua dikucup. Memang Radzfar seorang lelaki yang amat menghormati gurunya. Masih tetap sama seperti dulu. Sama seperti 12 tahun yang lalu.
“Saya baru pindah ke KL. Dulu di Langkawi,” kata Radzfar.
“Maksudnya hujung tahun lepas kau masih di Langkawi? tanya gua.
Dia mengangguk. Senyum.
“Kalau la aku tau kau di sana, taklah aku terperuk satu minggu dengan rasa yang amat bosan. Satu minggu bah aku di sana. Urusan kerja,” kata gua.
Radzfar senyum.
“Macam mana kau sekarang?” tanya gua.
“Saya kahwin dengan orang Kelang. Sekarang menatap di sana. Rumah pun sudah dibeli. Di Kelang juga,” kata Radzfar.
Gua senyum.
“Dulu, ada kau terfikir kau akan kahwin dengan orang sini? Akan menetap di sini?” tanya gua.
Radzfar tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala.
“Itulah… kita tak pernah tau cerita apa yang akan masuk dalam layar hidup kita,” kata gua.
“Dengar cerita cigu mau pergi Sandakan,” kata Radzfar.
“Hah..” gua sedikit terkejut.
“Bukan pergi, saya balik ke sana sebenarnya,” kata gua.
“Sekejap saja,” gua kata lagi.
“Mana kau tau?” gua tanya.
“Si Aisah yang kasi tau,” kata Radzfar.
“Hahahahaha…macam mana orang Tawau yang tau duluan ni..” kata gua.
Radzfar senyum.
Kami berbla! bla! bla!
Tentang kawan-kawannya yang kandas cita-cita dek masalah pengenalan diri.
Tentang kejayaan kawan-kawannya.
Juga tentang kawan-kawannya (pelajar gua sebenarnya) yang terpesong arah tuju.
Setelah matahari kurang menggigit, selepas lebih 2 jam berbla! bla! bla!, gua harus pergi ke destinasi gua. Radzfar pun harus ke destinasinya.
Semasa berjalan ke luar dari food court, Radzfar berkata, “Saya baca blog cigu. Saya suka bahasa cigu.”
“Ah, bukannya ada apa-apa pun blog saya. Semua tentang kehidupan,” kata gua.
Setelah sampai di luar, Radzfar menyalami dan memeluk gua. Sangat hormat lelaki ini akan gurunya yang tetap memilih untuk menjadi seorang marhaen.
Gua menuju ke kereta. Tiba-tiba Radzfar bertanya, “Siapa Sara?”.
“Hahahaha…tiada siapa-siapa. Hanya watak yang saya jelmakan dalam blog. Tiada siapa-siapa,” kata gua.
“Oh…” kata Radzfar.
Kemudian Radzfar menuju ke selatan, gua pula menuju ke utara.

Saturday, 23 January 2010
Lohong gelap
Bila gua tidak tahu apa-apa, dan kemudian gua dihantar ke suatu lohong gelap tanpa gua sedar, maka gua berasa sangat edan.
Gua tak punya si kuda bedi yang mampu membawa gua terbang ke seluruh alam dalam sekelip mata.
Gua juga tiada keris sakti yang sembraninya mampu membunuh dengan hanya menikam bekas telapak jejak seteru.
Yang gua ada dan gua simpan dalam kocek hidup gua, hanyalah kehidupan. Kehidupan yang gua simpan ialah realiti.
Dan gua tak pernah bermain dengan sesiapa pun. Gua juga tidak tahu mengarang hikayat.
"Lu ada suria? Bagi gua sebatang.." kata pipit.
"Jangan merokok, bahaya untuk kesihatan," kata gua.

Friday, 22 January 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
BERHENTILAH SEKEJAP....
Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...