1995, seminggu sebelum Aidilfitri, suatu petang aku menunggang SS8771C untuk ke Taman Fajar. Setiba di satu simpang di BDC, aku telah terbang secara tiba-tiba, kemudian mendarat di atas aspal. Aku telah dilanggar oleh seorang lelaki Cina yang tidak memberhentikan keretanya. Dia yang yang datang dari arah TB Ward, sepatutnya berhenti di simpang sebelum dia meneruskan perjalananya ke arah blok-blok kedai di BDC. Tetapi dia tidak melakukan begitu. Lalu aku yang sedang berangan-angan menunggang Harley Davidson itulah yang menjadi mangsa. Tetapi aku tidak sempat melihat lelaki Cina yang melanggar aku itu. Mengapa…? Jawapannya :
“Oiiiiii…Cikgu Zamani kena langgar!” itu yang aku dengar semasa aku masih lagi terbaring dengan tidak nyamannya di atas aspal.
“Siapa yang langgar?”
“Itu na, Cina tu yang langgar!”
“Siapa yang kena langgar ni?” tanya seorang baliau.
“Ciguku baini!” jawab salah seorang budak SMK.
“Oiii…cigu anakku kena langgar. Cilaka itu Cina!”
Kemudian setelah aku beralih ke tepi, aku lihat segerombolan manusia BDC berlari ke arah motor aku yang sudah bengkok hendel depannya.
Patutlah, Cina yang melanggar aku itu lari, segerombolan tentera BDC bergerak dengan garang ke arahnya.
Dan untuk kesekian kalinya aku berasakan diri aku seolah-olah taiko besar BDC bila gerombolan itu mengangkat aku ramai-ramai ke dalam sebuah van sekolah untuk dihantar ke DOK, sedangkan aku hanya patah sebatang jari kaki sahaja!
Mengapa mereka mengangkat aku beramai-ramai? Sebab aku ialah cikgu kepada anak-anak mereka…. perghhhhh….bangga sungguh aku jadi cikgu kepada anak-anak BDC.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Friday, 29 May 2009
Akhirnya....
Blog aku tak terjenguk sepanjang minggu ini. Bahana terlupa membawa maxis broadband, menyebabkan aku terputus dengan dunia maya. Hotel-hotel tempat aku bermalam pula kebanyakannya menyediakan kemudahan wifi berbayar yang cajnya gila babi mahalnya. Mereka tak tahu ke yang aku ni walaupun menginap di hotel yang berbintang-bintang, tapi semua itu ditanggung oleh orang lain. Nak bayar caj wifi sampai 4o hingget sejam, apa kejadahnya. Telefon aku pula bukan macam telefon Hanafiah Diman (orang kuat Yayasan Sabah) yang canggih manggih. Telefon aku, telefon buatan China yang hanya boleh membuat dan menerima panggilan selain untuk saling bertukar sms. Bila la agaknya aku nak pakai Iphone, jadi tak lah aku memikul lappy ke sana sini.
Nota tumit kaki : Pi, kalau kau rasa-rasa macam nak sedekahkan Iphone kepunyaan kau tu, pastikan nama aku terletak di list yang pertama...

Tuesday, 26 May 2009
AMENO YANG BERDOSA
Seorang kawan bertanya mengapa aku terlalu meloya kepada badan siasah yang bernama AMENO?
Aku kata, AMENO tidak ada apa-apa kesalahan kepada aku. AMENO bukan makhluk yang bergigi tajam yang setiap malam datang merobek anak ayam aku di dalam reban. Yang menjadi ulat tahi pada aku ialah makhluk-makhluk homo sapeins yang menunggang AMENO itu.
Kamu tahu siapa yang telah menyembelih tulisan Jawi?
AMENO!
Kamu tahu siapa itu Mahathir?
Itulah Tuhan yang disembah oleh para pencacai AMENO.
Kamu tahu apa yang telah dilakukan oleh Mahathir kepada umat Melayu?
Mahathir telah menambahramaikan lagi anak-anak Melayu yang bodoh dalam Matematik dan Sains. Berapa ekor makhluk AMENO itu yang menitis air mata apabila semakin banyak anak-anak Melayu yang tinggal di ceruk-ceruk desa terus tertinggal di belakang? Dan janganlah kamu semua bermain dengan angka-angka yang mengatakan berlakunya peningkatan kerana angka-angka tersebut adalah dusta semata-mata!
Lepas ini aku pun tak tahu lagi apa lagi yang ingin diperkosa oleh makhluk-makhluk ini.
Kepada pengagum Mahathirisme dan AMENO, aku ingin katakan kepada kamu, memang aku marah akan Mahathir dan AMENO terhadap dosa-dosa yang mereka lakukan terhadap umat Melayu.

Thursday, 21 May 2009
Aku dan Oksigen, Oksigen dan aku
Setelah isteri asyik mengomplen akan perutku yang katanya semakin makmur, petang itu aku capai sneaker Admiral buatan Siam. Aku menuju ke Taman Tasik Permaisuri yang kali terakhir aku berlari-lari anak di situ 3 bulan lepas.
Sesampai di sana, aku buat aksi ala-ala nak panaskan badan. Stail kena jaga beb! Kemudian aku mulai berlari-lari anak. Tak sampai 500 meter aku berlari-lari anak keliling Tasik Permaisuri, penatnya bukan kepalang. Gas oksigen seperti sengaja melarikan dirinya dari lubang hidung aku. Aku tercunggap-cunggap bagai seekor ikan paus biru yang terdampar di pantai. Bahana tidak berjoging selama 3 bulan benar-benar membuat aku terseksa.
Dalam tercunggap-cunggap itu, aku terus ke kerusi batu yang ada disitu. Terima kasihlah kepada pembuat, pembawa dan pemasang kerusi batu itu. Bolehlah aku menyedut lebih banyak oksigen. Kalau tidak tentunya di dada akhbar besok pagi akan terpampang tajuk: Seorang Lelaki yang Tak Berapa Nak Hensem Dijumpai Pengsan Ketika Berjoging.
Aku terus-terusan menyedut oksigen. Tiba-tiba, apa kejadahnya sekumpulan jururawat pelatih UKM berlari-lari anak di hadapan tempat aku menyedut oksigen. Anak-anak rambut para jururawat pelatih itu yang terbuai-buai semasa mereka berjoging itu, aku lihat seolah-olah melambai-lambai kepadaku. Aku terus tinggalkan kerusi batu dan oksigen. Aku pun sambung lari-lari anak.
Dalam berlari-lari anak di belakang para jururawat pelatih itu, aku mula faham kenapa Ramlan dan Efendi berkahwin 2!
PEACE untuk dunia yang lebih aman.

Dahulu
Gunung Kinabalu yang garang tetapi peramah, kedinginan pagi di Kundasang yang berkabus, Lohan yang damai dan sejuk di mata, berjalan dari pucuk pokok ke pucuk pokok di Poring selepas bersantai di mata air panasnya, meneroka khazanah alam di Lembah Danum, mencabar keegoan Gunung Trusmadi, Tawai-Tawai yang masih belum pecah perawannya, berjalan dari kamar ke kamar di Gua Gomantong dalam hancing najis kelewar, menyusuri Kinabatangan sambil melihat monyet belanda sebelum tiba di Sukau, menyaksikan warisan nenek moyang di Agup Tulog, berenang di laut berkaca Sipadan, bedilan senapang patah di Suan Lamba, Madai yang menjadi penyambung rezeki dan legasi, penyu di Silingan, berjalan santai dari Sepilok Laut ke Sepilok Orang Utan; bekas-bekas tapak kakiku pernah berada di situ.
15 Mei 1992
Hari pertama aku di Sandakan. “Rumah” pertama aku ialah ruang untuk warden asrama SMK Sandakan. Hari pertama di Sandakan, aku buta tentang Sandakan. Aku betul-betul naif pada hari pertama itu.
Habis sesi persekolahan hari pertama, aku hanya tercongok di bilik warden. Perut pula sudah berbunyi-bunyi minta diisi. Ruang dapur warden asrama kosong, sekosong-kosongnya. Sifar. Tak ada apa-apa.
Aku hanya terbayang-bayang kantin sekolah sahaja.
Aku menapak, satu, satu, satu menuju ke sana.
Sedang makan seorang diri di kantin sekolah, tiga orang pelajar perempuan tingkatan 5 datang. Dengan selamba, mereka duduk di hadapan aku yang sedang makan nasi kuning. (Kali pertama aku makan nasi kuning).
“Cigu dulu belajar kat mana?” yang berkulit paling gebu bertanya.
“UM”, kata aku ringkas.
“KL?” dia tanya lagi.
Aku hangguk.
“Kat KL mesti banyak disko kan, cigu?” si gebu itu bertanya lagi.
“A’aa,” kata aku.
“Cigu selalulah pigi sana?” si gebu tanya.
Aku mula terfikir, “Ini macam mau test aku je.” Aku yang tak pernah masuk ke tempat-tempat begitu kata, “Sebut sahaja mana-mana disko, semua saya sudah pergi.”
“Kalau macam tu, hujung minggu nanti bolehlah ikut saya ke (aku lupa sudah nama sebuah disko yang letaknya di Ramada Hotel)”.
Aku yang tak pernah sampai ke tempat begitu terus *gulppppp*.
Rintik-rintik peluh jantan seolah-olah menerjah keluar. Mereka telah mengambil kesempatan atas kenaifan aku tentang Sandakan J.
Nota tumit kaki: Tiga pelajar itu namanya Arlene, Pinky dan seorang lagi yang berbadan paling kecil, aku sudah lupa. Kali terakhir aku jumpa Arlene tahun 1998, di bandar Pasaraya Batu 4. Dia sedang berbadan dua ketika itu. Pinky pula telah berkahwin dengan seorang India dari Semenanjung. Manakala yang berbadan paling kecil, aku tak tahu apa kesudahannya.

Wednesday, 20 May 2009
Perempuan dan kereta (II)
Tak kiralah di mana-mana pun kamu memandu, apabila melihat pemandu wanita sama ada berada di depan, di belakang atau di sisi kamu, maka perkara pertama yang harus kamu lakukan adalah berjaga-jaga dengan pedal brek dan juga stereng kereta kamu.
Pemandu wanita memang berhati-hati semasa memandu. Namun tahap berhati-hati berada pada tahap dewa-dewa sehinggakan menyusahkan pemandu-pemandu lain. Mereka memandu 35 kmsj dan berada di lorong yang paling kanan. Mereka tidak memandu laju walaupun berada di lorong yang paling kanan kerana terlalu berhati-hati!
Kalau ingin menukar lorong, amat jarang dilihat pemandu wanita yang tahu menggunakan lampu signal. Kadang-kadang aku berasa kesian para jurutera yang memerah otak mereka untuk merekacipta lampu signal yang ampuh lagi berkesan tetapi telah dibakulsampahkan oleh ramai pemandu wanita.
Namun ada juga yang menggunakan lampu signal semasa nak tukar lorong. Mereka akan menyalakan lampu signal sebelum menukar lorong, memang cemerlang etika pemanduan mereka. Namun, yang menjadi masalah yang bukan alang-kepalang ialah apabila sebaik sahaja menyalakan lampu signal kereta mereka, mereka terus pergi ke lorong yang mereka dambai. Maka mana-mana pemandu lain yang sempat menekan brek, maka berbunyilah desitan tayar di atas jalan raya. Mana-mana yang sempat memulas stereng kereta, maka menononglah kereta mereka entah kemana. Tetapi ramai juga yang tidak sempat berbuat demikian, maka bercumbulah dua buah motokar (kadang-kadang lebih) di atas jalan raya.
“Saya sudah menyalakan lampu signal yang saya ingin membelok ke sana,” jawapan tipikal yang selalu diberikan oleh para pemandu wanita.
Maka, dengan segala rendah hati, aku ingin mengkhabarkan kepada kamu wahai pemandu-pemandu wanita : Memang baik sangat tindakan kamu menyalakan lampu signal itu. Tapi itu bukan lesen besar kepada kamu untuk kamu ke sana ke mari di atas jalan raya sesuka hati kamu. Selepas menyalakan signal, tengok sekeliling kamu.Tengok sebelah kanan atau kiri kamu. Apabila tiada kenderaan lain, barulah kamu pergi ke mana-mana sahaja yang kamu ingini. Tetapi yang selalu kamu lakukan adalah, sebaik sahaja kamu menyalakan signal, kamu terus pergi ke mana-mana yang kamu ingini. Kamu tidak pedulikan lagi sama ada kenderaan lain berada berhampiran dengan kamu. Bagi kamu, lampu signal ibarat muntah hantu yang ditelan Badang yang menyebabkan kamu boleh lakukan apa-apa sahaja. Salah tu, sayang!

Tuesday, 19 May 2009
Jani
Dalam kalangan kawan-kawannya, dia lebih dikenali dengan Janet. Kami, para cikgu memanggilnya Jani.
Jani ni berketurunan Andi. Bagi sesiapa yang kurang faham tentang kelas sosial keturunan Bugis (khususnya Bugis Sabah), Andi ini ialah nama gelaran pangkal bagi keturunan ningrat. Kalau di Semenanjung, akan ada nama Tengku, Ungku, Ku, atau Raja. Kalau di Sabah ada pula Andi, Sharif, Pangiran dan sebagainya.
Jani mempunyai mata yang bundar dan redup. Berkulit kuning langsat dan amat lembut apabila berbicara. Apabila aku melihat dia, aku melihat harapan yang belum lagi mekar, tetapi akan mengeluarkan haruman yang mewangi apabila tiba waktunya nanti.
Sebagai anak sulung, dibahunya terpikul satu beban yang maha berat untuk dipikul oleh sorang gadis berusia 19 tahun. Pernah menjadi “Amoi Kicap” di pasar raya Liang Sang sementara menanti keluarnya keputusan SPM. Jani memang seorang anak gadis yang kuat. Di raut wajahnya tidak pernah sepicing pun terlukis akan kesusahan dan kesukaran hidup. Aku tahu, lakaran hidup keluarganya tidaklah begitu indah. Perpisahan yang berlaku antara kedua orang tuanya cukup meninggalkan kesan yang amat dalam dalam jiwanya. Aku tahu itu walaupun dia tidak pernah bercerita tentangnya.
Jani seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik. Aku tahu, dia mampu melangkah ke menara gading. Dia mampu menangani masalah yang menghimpitnya dengan baik.
Beberapa bulan sebelum STPM, bapanya terlantar di Hospital DOK. Aku rasa bapanya menghidap penyakit paru-paru. Sebagai anak yang terlalu baik kepada orang tuanya, Jani akan memastikan dia seboleh-bolehnya berada di sisi ayahnya di katil hospital. Memang itulah yang dilakukannya tanpa gagal, berada di sisi ayahnya sebaik sahaja tamat waktu persekolahan.
Aku, Cikgu Fazman dan Cikgu Masrizal pernah mengunjungi ayahnya di hospital. Ketika kami melawatnya, tangan ayah Jani yang hanya tinggal tulang itu melambai-lambai kepada Cikgu Fazman. Cikgu Fazman menghampiri, dan mendekatkan telinganya ke mulut ayah Jani. Cikgu Fazman tersenyum, rupa-rupanya ayah Jani bertanyakan rokok daripada Cikgu Fazman. Sudah ketagih benar agaknya ayah Jani terhadap nikotin. Cikgu Fazman kelihatannya serba salah. Jani menjeling tajam ke arah Cikgu Fazman. Cikgu Fazman faham jelingan Jani itu. Tapi dalam masa yang sama mata kuyu ayah Jani telah meranapkan jiwa lelaki Cikgu Fazman. Cikgu Fazman akhirnya menghulurkan sebatang rokok Marlboro kepada ayah Jani.
“Itulah bapak ni, sedang sakit begini pun masih lagi mahu menyigup”, kata Jani.
Bapanya diam. Cikgu Fazman pula tersengih-sengih seperti anak dara yang baru dipinang orang.
Seminggu sebelum STPM.
“Bapa Jani meninggal”, Hasmia Nohing menelefon semasa aku sedang bersiap-siap untuk ke sekolah.
Aku terdiam. Bukan kerana terpana dengan berita tersebut, tetapi aku amat risau kalau-kalau Jani terkulai di pertengahan jalan sebelum sempat berjuang dalam STPM. STPM lagi seminggu akan menjengah.
Rupanya ayah Jani menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2 pagi. Dan apabila ayahnya menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Bersama sahabat akrabnya, Hendra, mereka berdua berjalan kaki dari DOK ke Grand View, menuju ke rumahku. Tetapi, malangnya pada awal pagi itu aku tidur mati, tidak sedar yang mereka memanggilku dari luar pagar.
Akhirnya, menjelang petang, dalam hujan renyai-renyai, jenazah ayah Jani telah selamat disempurnakan.
Di tanah perkuburan, aku masih lagi risau akan Jani. Dia anak yang baik. Dia cemerlang dalam pelajaran. Tapi aku cukup risau kalau-kalau pemergian ayahnya ini akan turut sama membawa segala kekuatan dan cita-citanya terbang ke angkasa raya.
Beberapa hari selepas itu, aku lihat Jani sudah bertenaga kembali. Tetapi aku tahu, dia sedang bertarung dengan perasaan dan dirinya sendiri. Tetapi Jani tetap Jani. Jani seorang anak gadis yang amat kental. Jani tetap tabah dan gagah mengharungi cabaran. Dalam aku menyaksikan ramai anak Sabah yang terpatah di pertengahan jalan, Jani telah memberikan satu dimensi yang berlainan.
Selamat Hari Guru, Cikgu Nurjani Awang Usman.

Aku, sahabat dan ayam
Aku dengan kawan aku ini sama-sama berguru dengan Dr Nik Safiah Karim di UM. Kami buat lingusitik bahasa Melayu.
Kemudian, aku jadi guru, dia pula jadi wartawan dengan Berita Harian.
Setelah 9 tahun terpisah, kami bertemu kembali di UKM. Kami sama-sama membuat masters. Dia membuat masters dalam bidang sosiologi, manakala aku tetap setia dengan lingustik bahasa Melayu.
Kemudian kami sama-sama buat tesis. Tesis aku tentang ucapan DSAI dari sudut tatabahasa normatif Dia pula disarankan oleh penyelianya agar membuat tesis tentang aktiviti pelacuran di Bukit Bintang, sesuai dengan tugasnya sebagai wartawan.
Kemudian, aku lebih banyak terperap di Tun Seri Lanang, manakala dia lebih banyak di lapangan untuk menyiapkan tesisnya.
Suatu hari, sedang aku mengunyah karipap di kafe, dia datang dan terus duduk di hadapan aku.
“Macama mana dengan tesis kau?’ dia tanya. Serius.
“Oklah, tak banyak sangat halangan,” kata aku.
Aku terus kunyah karipap.
“Kau kena tolong aku. Tesis aku tak jalan-jalan lagi ni,” dia kata lagi. Lagi serius.
Lepas tu, barulah aku tahu yang dia dah berulang-kali pergi ke Bukit Bintang. Tapi dia takut untuk mencari responden (ayam-ayam ler tu).
“Penyelia aku minta aku cari sekurang-kurangnya 60 orang responden (baca ayam),”
“Mak aihhhh…. banyak tu,” kata aku.
“Tapi sampai sekarang sekor ayam pun aku belum dapat lagi,” kata dia. Benar-benar serius.
“Kau nak aku buat apa?” aku tanya.
“Temankan aku ke Bukit Bintang. Nanti kita sama-sama cari ayam tu,” kata dia. Sangat-sangat serius. “Kalau aku sorang-sorang, aku takut,” kata dia dengan muka yang lagi serius.
Kemudian, untuk beberapa minggu yang berikutnya, aku dengan dia berkeliaran di Bukit Bintang.
Hasilnya, aku dapat menyelak banyak tabir di sebalik cerita pelacuran yang tak pernah surut di Bukit Bintang, manakala kawan aku telah mendapat data yang mencukupi untuk tesisnya.
Nota tumit kaki : Oleh kerana saling tidak mempercayai diri sendiri, aku dengan sahabat aku itu tidak pernah berenggang semasa bertemu responden. Kalau Mat Monggol pun boleh rebah di kaki perempuan, apatah kami yang tak punya apa-apa. Jadi kami pun terselamatlah daripada menjadi seperti Mat Monggol.

Monday, 18 May 2009
BANGANG!
Maka berkokoklah lagi seorang menteri kerajaan Malaysia. Dia kata, mungkin soalan ujian untuk para bakal pemandu PSV akan dibuat selain daripada bahasa Kebangsaan. Dia kata banyak pemandu teksi yang gagal dalam ujian PSV sebab tak faham bahasa Kebangsaan.
C’mon la brader Ong Tee Kiat! Negara kita ni dah lebih 50 tahun merdeka. Takkanlah ada dalam kalangan kamu yang masih lagi terkial-kial untuk memahami bahasa Kebangsaan. Kamu sedar atau tidak, brader, apa puncanya apek-apek (malah ada juga yang muda belia) tidak faham bahasa kebangsaan? Malulah. Kamu kata ini negara kamu. Kamu marah bila kamu dikatakan kaum pendatang. Kamu katakan yang ini tanah air kamu. Tapi kamu tak fasih berbahasa kebangsaan.
Lagi satu brader Ong Tee Kiat,
Kalau kamu boleh buat kursus untuk para apek dan muda belia ini untuk menguasai bahasa PPSMI, mengapa kamu tak boleh buat kursus untuk menguasai bahasa kebangsaan??? Sudah berapa ramai pelancong asing yang dibawa ke lubang jamban oleh para pemandu teksi lantaran mereka tidak fasih berbahasa PPSMI?
Brader Ong Tee Kiat,
Kamu tentunya pernah ke Perancis, atau ke Jerman, atau ke Itali, atau ke Jepun, atau ke Switzerland, atau ke Sepanyol. Pernah pemandu teksi itu bawa kamu ke pusat persundalan sedangkan kamu ingin pergi ke kuil lantaran mereka tidak tahu langsung bahasa PPSMI? Aku rasa, tak pernah. Kecualilah sememangnya kamu sengaja ingin ke pusat persundalan.

Suatu Pagi yang Ha!Ha!Ha!
Suatu pagi, semasa majlis penutup minggu orientasi pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah SMK Sandakan. Beberapa orang pelajar lelaki tingkatan 6 atas pun naik ke atas pentas untuk membuat persembahan. Si Dino membawa gitar kapok. Dia duduk di atas kerusi sambil membetulkan ‘tuning’ gitar kapoknya. Kawan-kawannya yang lain pula masing-masing bergaya seperti artis rock yang akan membuat persembahan.
Aku yang sedang berada di bawah pentas menunggu. Cikgu-cikgu lain pun menunggu.
Tengok daripada lagak Si Dino yang men’tune’kan gitarnya, aku rasa paling kurang pun mesti lagu Slam ni yang mereka nak nyanyi.
Selesai ‘tune’ gitar, Dino bagi isyarat kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya pun bersiap untuk menyanyi.
Dino pun greeeenggg…..greeeengggg…..greeengggg gitarnya.
Kemudian rakan-rakannya pun bernyanyi:
“Sepohon kayu daunnya rendang
lebat buah ser……”
Belumpun mereka habis “berSlam”, aku dah gelak habis-habisan.
Apa la lu brader, gaya cam rocker, siap dengan gitar, tapi lagu nasyid!

Subscribe to:
Posts (Atom)
BERHENTILAH SEKEJAP....
Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...