Monday, 4 November 2024

KETERKAITAN KETERIKATAN


 Biarlah aku berpaling, pergi dan tidak mengundur lagi.  Setiap jejak yang tertinggal tetap aku tinggalkan di belakang. Satu per satu tetaplah menjadi kenang. Sama ada manis di lidah, atau buruk di mata, hanyalah untuk aku. Aku simpan kenang itu untuk diri aku sendiri.  Bukan untuk engkau, bukan juga untuk mereka.


Ya, kenangan ialah fragmen-fragmen kehidupan.


Aku kembali kepada ketentuan-Mu.

Thursday, 26 November 2020

KATAkata

 

kata-kata yang luruh

dari awan yang tujuh

merdu di kuping

tapi ngilu di hati

hanya kata-kata

tiada apa-apa.

Wednesday, 4 November 2020

KOSONG YANG KOSONG ITULAH KOSONG.

 

Ada orang seperti gelas yang kosong. Berdegar-degar di medsos. Seperti dia tau apa-apa saja. Mengerti apa-apa saja. Faham apa-apa saja.  Tapi, itulah... kata orang tua-tua, yang bising-bising itu selalunya yang kosong. Dan semakin masa berinjak pergi. Pengalaman semakin membukit. Lautan Tuhan tetap setitis tahu yang kita tahu. Jadi, janganlah jadi gelas kosong.  Itu hanyalah mempromosikan bodohnha diri sendiri.


           *pling*

Sunday, 1 November 2020

SUNYI DI LATA BEREMBUN

 


Bagaikan setitis embun

Yang

Menitis

   Tis..

         Tis...

               Tis...

Aku mencari suara yang hilang

                                               Senyap

                                  Diam

                  Lupus

     Tanpa

      Ada

              Apa

                     Apa.







Thursday, 29 October 2020

GELOMBANG KETIGA YANG SERBA PELIK

 


Tiada siapa-siapa yang jaga di depan kedai makan, periksa suhu pelanggan.  Pelanggan ambil sendiri "penembak" suhu.  Acu ke dahi, kemudian berlenggang masuk ke dalam kedai.  Malah, ada juga yang letak tapak tangan di situ!

Jadi, jika lu punya suhu masuk 40 darjah, tiada siapa pun yang larang.


Entahlah, gelombang ketiga ni, lain macam permainan peraturannya.


Entahlah.


Monday, 26 October 2020

PENGGEMBALA YANG HILANG KERBAU-KERBAUNYA, DAN SEKARANG INI PENGGEMABALA ITU MENJADI GANTI KEPADA KERBAU-KERBAUNYA

 Ramai yang tanya gua.

Tapi gua mengelak.  Gua tak menjawab.  Sebenarnya gua tak mau jawab.

Aii tee bee em hampir kecundang, dulu.  Kemudian wahyu turun dari langit.  Sembelih beberapa ekor kerbau.  Lalu yang dipilih oleh penggemabala ai tee bee em ialah kerbau-kerbau yang selalu membajak.  Membajak tanpa kira musim.  

Maka.

Kerbau-kerbau bajak itu pun disembelih.  Satu-satu.  Satu-satu.

Penggembala? Tentunya penggembala tidak akan sembelih lehernya sendiri.  Yang memegang golok ialah penggembala dan juak-juaknya.  

Maka.

Sewaktu menyembelih, penggembala dan juak-juaknya pun bernyanyi:

      Kami terima wahyu

      begitu begini syaratnya

      kami ikut syaratnya

      dan kami cipta syarat kami sendiri

      yang kami ubah sesuka hati kami

      demi usus perut kami!

Lalu.

Yang tinggal ialah kerbau-kerbau balar.  Yang hanya tahu bergincu dan berbedak.

Dan

Penggembala yang menjadi kerbau...

Saturday, 13 June 2020

PENGGEMBALA ITBM GILA ISIM.

Banyak yang tanya gua, kenapa ITBM dah macam orang tua kena strok?

Gua kata, penggembala ITBM gila isim. Dapat duit banyak, rambang mata. Sepuluh ringgit yang keluar, 8 ringgit masuk kocek sendiri 2 ringgit saja untuk buku.

Lantik konsutan.  Buat buku mewah.  Bayar puluhan ribu.  Malah ada yang kosnya sampai ratusan ribu.  Tapi hasilnya macam sial.  Bila gua tengok "buku mewah" yang harga puluhan ribu kos produksinya, saling tak tumpah dengan majalah sekolah.  Bukan satu buah buku.  Bukan dua buah buku. Banyak buku oooo.  Padahal kalau bagi bebudak pembaca pruf di ITBM, mereka boleh buat buku yang jauh lebih baik dengan kos yang jauh lebih rendah.

Thursday, 18 July 2019

PI PI ES EM AI V2

Kapla sakit ada kalu, pigi telan itu pinadul la, ane! Jangan kaki kasi angkat, kasi putung! Pooorah!

Gua tanya, “kenapa?”

Lepas criiitttt air sirih, ayya kata, “tambi, lapar kalu, tambi apa bikin?”

“Makan la,” kata gua.

“Tambi manyak pandai la!”

Gua sengih.

“Lapar kalu, makan la. Dahaga kalu, minumlah. Sakit parut kalu, biraklah. Tada pandai Inggeris kalu, belajarlah bahasa Inggeris. Tapi itu worang tua mau kacau Sains sama Matematik, apa macam? Tada wutak punya worang!”

Kemudian dia criittt lagi air sirih dan sambung, “stim kalu, bini kasi peluk laaaaa!”



EM & AY




Kau tahu apa beza Em 1998 dengan Em 2018?
Tiada beza apa-apa!

Kau tau beza Ay 1998 dengan Ay 2019?
Tak tau.
Ay 2019 sudah jadi Em1998!

Dan kucing di belakang rumah gua pun terus bersenggama dengan bunyi ngiaw yang sengaja dibuat-buat.  Tiba-tiba terdengar seranah nyonya yang jalan terhegeh-hegeh. “Semburit!” Nyonya itu jerit. Apek yang sedang cuci gigi palsunya dengan berus dawai terkejut. Gigi palsunya terpelanting, dan mati.

Jiran-jiran Melayu pula meratib, “takpa, takpa, takpa.” Tujuh tahun kemudian baru mereka “opocot!”  sebab terkejut.

SEMBURIT!




Thursday, 11 July 2019

PAK ABU

Pak Abu dah tiada.

Pak Abu, darahnya British Short Hair. Waktu kecilnya dia makan Royal Canin. Royal Canin ni antara makanan termahal dan terbaik. Itu makanan dia waktu dia kecil.

Kemudian bila meningkat remaja sedikit, Pak Abu selalu keluar dari pintu rumah. Tapi Pak Abu tak pergi jauh, setakat pintu pagar saja.  Mungkin Pak Abu takut untuk meneroka ke luar dunia yang dia tak biasa lagi.

Bila selalu berada di pintu pagar, tengok-tengok apa yang ada di luar sana, naluri Pak Abu untuk meneroka dunia di luar makin bertambah. Dari celah-celah jeriji pagar, Pak Abu mula keluar. Tapi dia tak pergi jauh. Hanya setakat lepak di rumah hadapan, atau di luar rumah rumah jiran yang ada kiri kanan.

Lama-lama, makin kerap dan makin lama pula Pak Abu berada di luar rumah. Tapi bila lapar, Pak Abu akan masuk semula ke dalam rumah. Pak Abu makan Royal Canin kegemaran dia.

Makin lama, Pak Abu semakin seronok berada di luar rumah. Lalu Pak Abu “dipenjarakan” di dalam bilik sebab bimbang Pak Abu akan dicuri, atau dikerkah anjing, atau menjadi mangsa buki kucing tak bertuan. Pintu bilik akan sentiasa ditutup. Dunia Pak Abu ialah bilik dan beranda di bilik itu sahaja.

Kemudian Pak Abu semakin dewasa. Pak Abu menjadi semakin kuat. Dari beranda tingkat satu, Pak Abu melompat ke bawah, menjadikan tembok pagar sasarannya. Dari tembok pagar, Pak Abu melompat pula ke luar. Pak Abu bebas.

Bermula dari itu, Pak Abu semakin kerap berada di luar. Pak Abu akan balik bila dia berasa lapar sahaja. Lepas makan, selalunya Pak Abu akan meniarap di beranda, berehat. Lepas itu Pak Abu melompat ke bawah. Lagi. Kemudian merayau. Lagi.

Lama-lama, Pak Abu makin kerap berada di luar. Entah apa yang Pak Abu makan. Entah air apa yang dia jilat. Kadang-kadang Pak Abu balik dengan badan yang basah. Bergumpal-gumpal bulunya. Pak Abu kerap bersin. Hidungnya selalu keluar hingus. Tetapi Pak Abu tetap selalu hilang dari rumah.

Tengah hari semalam, Pak Abu balik rumah. Pak Abu tercunggap-cunggap. Nafasnya tersekat-sekat. Pak Abu menarik nafas dalam-dalam mencari udara. Pak Abu nampak terseksa. Lalu Pak Abu dibawa ke klinik. Di klinik Pak Abu semakin tenat. Doktor kata paru-paru Pak Abu dah teruk. Cecair penuh di dalam paru-paru Pak Abu. Dan Pak Abu semakin tenat. 


Akhirnya Pak Abu menarik nafas terakhir di atas pelantar keluli rawatan di klinik. Pak Abu tak perlu lagi susah payah menarik nafasnya. Paru-paru Pak Abu  tidak lagi menyeksanya. Pak Abu tak perlu lagi curi-curi melompat ke bawah dari beranda tingkat satu.  Pak Abu tak perlu semua itu lagi, kerana Pak Abu dah pergi ke sana.



Tuesday, 9 July 2019

SUMANDAK

Tahun pertama secara rasmi menjadi guru. Merekalah yang gua ajar. Gua baru 24 tahun. Dan mereka 19 dan 20 tahun! Bayangkan.

Di dalam kelas, yang lelaki berada di satu baris. Yang perempuan berada di satu baris. 

Kemudian gua dapat komplen daripada pelajar perempuan. Gua kalau mengajar pilih kasih. Itu kata wakil pelajar perempuan. Gua garu-garu kepala. Kemudian gua tanya, “Mengapa?l
“Cikgu kalo mengajar bukannya mo meninguk kami pun. Cikgu nda perna juga menyoal kami. Kami paham ka nda, cikgu nda pernah tanya sama kami.”
“Oh,” kata gua. Gua senyum. Senyum sebab tak tahu nak jawab apa.

Sebenarnya gua mahu jawab macam ni, “Sa segan bha. Kalo meninguk kamu-kamu sumandak, tanya-tanya sama kamu, sakap-sakap sama kamu, sia takut dituduh getek. Kamu 20 tahun suda, sia 24. Ngam-ngam tu tau kalao dibuat bini.”
Dia mencebik. Kemudian pergi.

Ya, waktu itu gua rasa agak malu. Apatah lagi bila di hadapan gua gadis-gadis Sabah yang putih melepak. Cantik-cantik pula.


*patutlah ada kawan-kawan cikgu gua kawin sama anak murid durang*.

BERHENTILAH SEKEJAP....

  Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...