Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Friday, 9 February 2018
Tuesday, 19 December 2017
TENTANG HIPOKRASI
... dan ingatan pun menitis di kaca, membiaskan 7 warna. satu warna untuk aku. 6 warna untukmu. aku pun tahu. betapa cerita-cerita yang kita susun bersama, bukannya perhentian untuk kita turun dan kabur lalu pergi. melainkan ia menjadi renda-renda. yang bertaut dan saling menyentuh. kawan, tiada apa-apa yang mampu kuutuskan buatmu, melainkan katakata bisu yang didengar tuhan. tiada juga dapat kuhantar kasih yang tercicir dan hilang kerana semuanya mengecil dan pupus dan lupus dari bibir mata. pun begitu, sama seperti aku, engkau pun tau. tiada apa yang bisa menukar jambatan kita dengan titian batang nyiur yang mereput merintang anak sungai ... bening dan sunyi.
Tatkala sunyi yang lupus pamit lalu pergi tanpa sebarang kata, hembus angin pun tidak lagi ramah....
Sunday, 17 December 2017
TENTANG INTEGRITI
Dalam “Kamus Dewan”, entri “integriti” dihurai sebagai: 1. kejujuran ... 2. keadaan yang sempurna dan utuh, keutuhan.
Daripada entri “integriti” submasukan yang diberi ialah “berintegriti” yang dihuraikan: mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb).
Baiklah, tentang “integriti”. Jika ia melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan urusan kerja, integritinya tidak hanya kita “merahsiakan” hal-hal berkaitan urusan rasmi kerja kepada umum. “Integriti” juga melibatkan kejujuran kita dalam bekerja. Contoh yang sangat mudah ialah pematuhan waktu kerja rasmi. Sekiranya waktu rasmi untuk seseorang itu berada di pejabat adalah pada jam 9.00 pagi, maka dia perlu berada di tempat kerja rasminya pada atau sebelum waktu tersebut. Baiklah, mungkin seseorang itu mempunyai halangan untuk berada di tempat kerjanya pada waktu yang ditetapkan, maka seharusnya dia memaklumkannya kepada orang atasannya. Orang atasan ini tidak semestinya ketua pengarah bagi sesebuah kementerian, ataupun tidak semestinya ketua pegawai eksekutif bagi sesebuah orgnisasi, dan begitulah seterusnya. Orang atasannya boleh sahaja penyelianya, atau boleh sahaja pegawai-pegawai kanannya, ataupun boleh sahaja pegawai yang lebih senior daripadanya sekiranya daripada kumpulan perjawatan yang sama. Sesuatu yang tidak munasabah dan menyalahi etika kerja sekiranya seorang eksekutif meminta kebenaran atau memaklumkan kepada non-eksekutif sekitanya dia berhalangan untuk berada di pejabat pada waktu rasminya. Ataupun, memang tidak menjadi amalan di mana-mana organisasi di dunia ini seorang eksekutif meminta kebenaran daripada tukang sapu untuk balik awal daripada waktu rasmi.
Halangan untuk berada di pejabat dalam waktu rasmi kemungkinan besar dialami oleh setiap orang. Tetapi, situasi sedemikian hanya berlaku sekali sekala sahaja. Sekiranya ia berlaku hampir setiap hari, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Halangan untuk berada di pejabat dalam waktu rasmi secara logiknya tidak akan berlaku hampir setiap waktu. Jika ia berlaku secara tekal, tentunya ada sesuatu yang tidak kena berkaitan sikap individu tersebut. Sama ada dia melakukannya secara sengaja dan dengan sedar ialah kemungkinan yang sukar untuk disangkal.
Selalunya, orang yang bermasalah seperti ini akan kaya dengan pelbagai alasan. Tapi dia mungkin lupa yang dia sentiasa diperhatikan. Orang akan melihat dan mendengar alasan-alasan yang tidak masuk akal. Sebabnya, kita boleh membuat kesimpulan daripada apa-apa yang kita lihat, yang kita rasa, dan yang kita dengar. Jadi, janganlah cuba membina sebuah rumah kaca yang tembus pandang. Selain orang lain dapat melihat dengan jelas apa-apa yang ada di dalam rumah kaca itu, ia juga sangat mudah berderai dengan hanya membalingkannya sebiji batu yang kecil.
Jadi, berjaga-jagalah apabila kita bercakap tentang “integriti”.
CERITA DARI KEDAI MAMAK
Malam minggu. Gua boring. Gua call member.
“Jom, mamak!”Gua cadang.
“Jom! Datang amik aku,” balas dia.
Dua puluh minit kemudian, kami duduk-duduk kedai mamak, sambil cerita-cerita.
“Aku ada satu cerita. Cerita tentang persepsi.” Dia kata.
“Ok.” Gua kata.
Kemudian dia bercerita:
“... Di sebuah lapangan terbang. Seorang lelaki berpakaian kemas sedang duduk di ruang menunggu lobi, sambil menunggu kawannya. Di sebelah kanannya bagasinya. Di sebelah kiri satu bungkusan kertas yang mengandungi tiga biji donut. Di tepi bungkusan kertas yang mengandungi donut itu dia meletakkan kot mahalnya. Kemudian datang seorang lelaki separuh umur, selekeh sekali. Rambut yang separuh beruban, separuh lagi masih hitam kusut masai. Misai dan janggut yang tidak terbela. Bajunya sudah tidak tahu apa warna asalnya. Kakinya hanya beralas selipar yang berlubang di bahagian tumit kerana terlalu haus tapaknya. Dia sepertinya seorang gelendang. Atau mungkin peminta sedekah. Dia duduk di sebelah kiri lelaki yang berpakaian kemas tadi.
Kemudian, lelaki berpakaian kemas itu menyeluk bungkusan kertas donut untuk mengambil donut yang dibawa. Dia ambil, dan kemudian mengunyahnya. Tiba-tiba lelaki berpakaian kemas itu, dari hujung matanya, dia melihat lelaki selekeh itu mengambil donutnya dari bungkusan kertasnya. ‘Biarlah, mungkin lelaki ini lapar.’ Itu yang difikir oleh lelaki berpakaian kemas tadi.
Sebiji donut, dia sendiri yang ambil dan memakannya. Sebiji donut lagi diambil oleh lelaki selekeh tadi. Yang tinggal, sebiji donut sahaja lagi.
Donut tinggal sebiji sahaja lagi. Lelaki berpakaian kemas tadi ingin mengambil yang sebiji itu. Dalam masa yang sama, lelaki selekeh itu turut ingin mengambilnya tangan mereka bertembung. ‘Mungkin si gelendangan ini masih lapar lagi.’ Itu yang difikir oleh lelaki berpakaian kemas. Lalu dia mengambil donut yang sebiji itu lalu dipatahkan dua. Sebahagian untuk dia sendiri, manakala yang sebahagian lagi diberi kepada lelaki selekeh itu.
Lelaki berpakaian kemas mengunyah bahagian terakhir donut itu. Lelaki selekeh pun mengunyah bahagian terakhir donutnya.
Keemudian datang kawan lelaki berpakaian kemas, lalu mengajaknya masuk ke ruang pemeriksaan sebelum memasuki ruang pelepasan. Dia mengambil kot, dan memakainya. Tiba-tiba dia terpandang bungkusan kertas yang mengandungi donutnya. Masih ada tiga biji donut. Satu pun belum dimakannya. Baru dia sedar, donut yang dimakannya sebelum ini ialah donut lelaki gelandangan itu kerana bungkusan donutnya itu tersembunyi di bawah kotnya. Dia menyangka itu donut-donut yang dia makan ialah donut-donut kepunyaannya. Dan dia menyangka yang dia telah membuat kebaikan, sedangkan yang membuat kebaikan itu ialah lelaki gelandangan itu. Dia sebenarnya yang mendapat belas ikhsan daripada lelaki gelandangan.”
*PAUSE*
Gua hirup teh tarik atas meja. Gua fikir: Betapa persepi itu amat mudah berlaku. Dan daripada persepsi itu, kita selalu merasakan diri kita sentiasa betul. Ya, seperti lelaki berpakaian kemas itu yang berpersepsi yang donut-donut yang dia makan ialah kepunyaannya.

Tuesday, 8 August 2017
SI JENERAL
Gua dah 'kembali ke pangkal jalan'!Keh!Keh! Keh!" Terkekeh-kekeh Brader Pyanhabib bagi tau gua, duluuu…
Gua: gua pun ikut terkekeh-kekeh!
[Isu: ada tukang back up pi em, yang dibayar gaji (mahal oooooo), buat kenyataan kata Pyanhabib sudah kembali ke pangkal jalan hanya kerana Pyanhabib datang ke satu majlis yang ada pi em, kemudian Pyanhabib bagi buku dia kat pi em sambil kedua-duanya tersengih semasa berfoto]
* Kadang-kadang gua terpikir. Setakat itu sahajakah 'pemikiran' orang yang dibayar gaji mahal untuk membela kredibiliti tuannya, yang satu Malaysia menjeling tuan dia itu dengan berbilion-bilion rasa curiga?*
M A L U !
Der, gua pun fofular juga!" kata Sinaganaga. "Gua dah masuk silibus Biro Tatanegara weh!" Sinaganaga sambung.
Kemudian, selepas cucuh Dunhill tiga rasa, Sinaganaga kata, "Gua feeling macam Che Guerera dah."
Sinaganaga hembus asap Dunhill tiga rasanya sebelum sambung, "Tapi Che Guerara ada senapang. Gua pistol air pun tatau nak handle. Apa barang jadi chief!"
[Isu: Ada mamat BTN, buat slaid. Kononnya penulis-penulis indie sedang menjadi gerakan untuk menjatuhkan kerajaan. Tah dari sumber mana, mamat BTN ni kata Sinaganaga yang hari-hari kerjanya buat buku sedap dan kaver buku yang power, selain bagi makan kucing, ialah chief kepada gerakan ni. Empat hari empat malam Sinaganaga terbahak-bahak dengan tuduhan ini!]
Bee Tee End K O D I!
Friday, 30 June 2017
JEE ES TEE
Gua drive Elentara bini gua pegi bengkel Amin. Amin kawan gua sejak zaman sekolah.
“Macam tak cukup api.” Gua bagi tau Amin. “Alternator kot.” Gua sambung.
Amin amik meter. Amin kacip meter tu kat kepala bateri. Kemudian dia tekan-tekan pedal minyak Elentara bini gua. “Ya, alternator ada problem.” Amin kata.
“Kasi tukar,” kata gua.
Amin kata, “ok!”
Lepas tu, Amin kung! Kang! Kung! Kang! Elentara bini gua.
“Jack, belt kena tukar, dah crack!” laung Amin.
Gua angkat ibu jari.
Kemudian Amin “Cong! Ceng! Cong! Belt…! Cong! Ceng! Tukar…” sama budak dia. Budak dia pun sambut, “Cong! Ceng! Baru…Cong! Ceng! Tukar…Cong! Ceng!”
Lepas tu Amin sambung kung! Kang! Kung! Kang! Elentara bini gua.
Kemudian…
“Jack, dah siap. Ok dah tu. Kalu mung nak gi New York pun dah boleh ni.”
Gua sengih. “Berapa RM?” tanya gua.
Amin pun “Bla! Bla! Bla! RM410”
“Ok.” Gua kata sambil ambil dompet. “Takder resit?” gua tanya.
“Kalu mung nak resit, kena tambah lagi sebab kena masuk rekod. Bila masuk rekod, kena bayar GST.”
Bila Amin kata gua kena tambah duit sebab kena caj GST, gua terbayang cincin pink yang rega juta-juta. Gua pun kata, “Tak payah buat resit la. Gomen sekarang ni kan dah bijak camana nak cari duit sendiri, tak payah nak cekau duit rakyat. Maklum la kerajaan prihatin. Keh! Keh! Keh!”
Amin senyum besar. Gua senyum lagi besar. Tapi gua tatau, dalam keadaan begitu, siapa sebenarnya yang kena main? Gomen yang tak dapat terima GST daripada gua yang kena main, atau gua sebenarnya yang kena main sama itu gomen sebab takmau bayar GST?
Lepas tu gua pegi makan nasi belauk di kedai Membunga.
# nama sebenar Amin, Owee Tak Meng. Tapi kebanyakan Cina tempatan di Kelantan akan ada nama mengikut sebutan lidah Melayu. Ayahnya bernama “Pak Su Din”. Gua tak pasti apa nama Cina “Pak Su Din”. Bahasa yang dituturkan mereka juga banyak bercampur dengan kosa kata dialek Melayu Kelantan. Cina tempatan Kelantan memang sangat berbeza dengan Cina-Cina di negeri lain….
Wednesday, 28 June 2017
ULAR BABI
Pada waktu itu dia sedang berjalan. Di atasnya matahari. Di bawahnya asfal membahang. Di dalam kepalanya: tiada apa-apa.
Seekor ular menyusur jalan, perlahan-lahan menghampiri dia. Diam berhenti. Sekejap. Kemudian di hujung kakinya dia berasa sesuatu sedang bersusah payah memanjat. Mula-mula di bahagian hujung kuku. Kemudian sedikit demi sedikit dia merasakan kedua-dua betisnya pula seperti dipagut.
“BABI!” Dia menyumpah.
“Bukan! Aku Raja Tedung. Bukan babi!”
Kemudian perlahan-lahan, nafasnya beransur-ansur perlahan. Sedikit demi sedikit. Kemudian berhenti.
Dia terbaring di susur jalan. Di atasnya matahari. Di bawahnya asfal membahang.
Hidup ditipu sang ular berkali-kali, dia hanya pandai menyumpah “BABI” sahaja!
Tuesday, 4 April 2017
TUMPUL
Kau tahu kawan, tentang mengapa engkau selalu dipandang sepi? Mampir ke sini, jika kau ingin apa jawapnya.
Sebabnya engkau sudah tidak dipedulikan lagi oleh orang-orang di sekelilingmu. Kata-katamu tidak lagi membawa rasa hormat mereka. Apabila engkau sendiri yang memilih untuk menjadi seekor kera tanpa kawanan, jauh sekali menjadi kera jantan alfa, maka engkau sebenarnya sedang dibuang.
Ya, seperti sekeping cermin jendela jernih. Engkau hanya berada di sebalik sana, tapi engkau terhalang untuk masuk ke sini, hatta bayang-bayangmu sekalipun.
Engkau dapat kami lihat, tapi kami tidak lagi peduli akan engkau!
Monday, 27 March 2017
SENDALU DAN HUJAN
Dua pasang sepatu. Di atas asfal merah jambu. Titis hujan meresap ke dalam bumi. Meninggalkan rumput-rumput hijau di mukanya. Baru sekejap tadi.
Bahang mentari yang menggigit tadi pagi sudah pergi entah ke mana-mana. Mungkin ke langit ketujuh. Atau mungkin sahaja hilang ghaib dipuput sendalu…
Thursday, 9 March 2017
NOMBOR-NOMBOR
Nombor-nombor yang kecil, kalau dicantum-cantum, akhirnya akan memberikan nombor yang besar. Apatah lagi jika nombor-nombor kepunyaan kita itu ditukar kepada nombor-nombor orang lain.
Kadang-kadang, duduk-duduk selama 1 jam itu sangat membahagiakan!
Saturday, 4 March 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
BERHENTILAH SEKEJAP....
Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...