Thursday, 13 December 2012

Dari Likas ke Rumah Pangi

Di dalam bas.

Sinaganaga duduk sebelah gua. Gua duduk di sebelah Sinaganaga.
Adli, si wartawan BH duduk di kerusi sebelah. Krew-krew RTM duduk di kerusi depan. Yang selebihnya siswa dan siswi dan siswi dan siswi dan siswi UMS.

Oleh sebab Alien Menchari Chinta baru kena lancar, maka siswi di belakang gua dan Sinaganaga pung! Pang! Pung! Pang! tentang buku. Tentang orang-orang yang menulis buku.

Gua berpaling ke belakang. Siswi dan siswi tadi tengok gua.

"Dik, kenal Sinaganaga?" gua tanya.
"Kenal! Kenal!" diorang jawab.
Sinaganaga senyum. Bangga sebab siswi dan siswi UMS yang dalam kategori cun kenal dia.

Kemudian. Siswi dan siswi UMS tu sambung, " Sinaganaga tu chef terkenal kan..."

Gua gelak. Pelan-pelan jer. Sebab takut dikarate Sinaganaga.

Gua lihat Sinaganaga tersenyum dengan senyuman yang paling hancur dan paling tidak best.

~ huh, penulis indie yang paling glamer dicop sebagai chef terkenal. Memang tak boleh blah ~

Sunday, 9 December 2012

Nymph Abad Jeminez (II)

Ynah. Datang dari Davao. Lama dahulu. Gua kenal Ynah sewaktu dia sedang bekerja di cafe, hotel Promenade. Mula-mula gua kenal Ynah, dia baru 3 bulan tiba dan bekerja di Kota Kinabalu. Bahasa Melayunya sifar. Jadi dia berbahasa Inggeris Amerika slang Filipin.

"Anything, sir." Ynah tanya.
Gua geleng.

Lepas tu dia datang, dan tanya lagi, "Anything you need, sir?"
Gua geleng. Lagi.

Kemudian. Dia datang lagi. Dan tanya lagi. Soalan yang sama lagi.
Kemudian, gua jawab, "Yes,"
"Yes sir, may I.." Ynah tanya.
"Black coffee, please", gua kata.
"You, got it", kata dia.

Kemudian. Dia melangkah di antara meja-meja bulat. Menuju ke mesin pembancuh kopi. Kemudian. Dia datang semula sambil ditangannya memegang cangkir bulat kaca terisi kopi hitam. Pekat. Gelap. Lalu menuangkannya ke dalam mulut cawan gua yang ternganga.

"Here you go, sir", kata dia.
"Terima kasih", kata gua.
"Sama-sama", dia balas.
"Oh, so, you can speak Malay," gua kata.
"Sikit-sikit. Just a little bit. The simple one," kata dia. Senyum.
"Kamu datang dari mana?" tanya gua.
"Haaa..?" dia jawab.
"What's is suppose to be?" dia sambung.
"I mean, where are you come from? I don't think you're sabahan," kata gua.

Dia senyum. Gua koyak sachet gula. Separuh. Butir-butir halus gula dituang ke dalam cawan putih. Larut sedikit-sedikit.

"Am from Davao," dia kata. Di tangan kanannya masih lagi tergenggam tangkai cangkir bulat kaca.
"Oo..I see..." kata gua.

"By the way, am Ynah," dia kata. Tangannya dihulurkan. Gua sambut.
"Nice to meet you", balas gua.

Jadi. Begitulah. Gua mula kenal Ynah.

Bertahun Ynah bekerja di cafe yang sama. Di hotel yang sama. Seawal jam 7.00 gua turun ke cafe untuk bersarapan, Ynah sudah mula bekerja. Kadang-kadang gua makan malam di cafe itu. Pun Ynah masih lagi bekerja. Bila gua tanya kenapa dari pagi hingga malam dia harus bekerja. Dia kata, sebab itulah dia ke Kota Kinabalu. Untuk bekerja. Membantu ibunya yang sudah lama menjadi balu. Menyara adik-adik yang masih lagi bersekolah.

"I've degree. In Theology", Ynah bagi tau gua.

Jadi. Begitulah. Gua mula kenal Ynah.

Dan menjadi sahabat.

Nymph Abad Jeminez

Ynah, tetes mata yang tergugur pada bahu aku. Suam. Tatkala kita sedang menonton kisah topan. Meranapkan laman kota davao. Laman dari mana engkau datang. Meninggalkan ibu. Dan kuburan bapak.

"Ahhh...Jesus....please..." katamu. Perlahan. Dan aku. Mendengarnya.
"So, you do still believe in God..." kataku. Perlahan. Dan engkau. Mendengar. Dan menunduk.

(Ynah. Yang dicita-citakan menjadi biarawati. Tetapi perlahan-lahan memalingkan mukanya dari chapel. Makin lama. Makin menjarak. Memilih jalan sendiri. )

Dari dinding dan pintu kaca jernih. Aku menghantar Ynah menuruni anak-anak tangga. Setelah aku menyapu tetes matanya. Dengan sapu tangan yang dia beri. Lama dahulu.

"Bye..." katanya. Sambil menutup pintu mobil. "Do take care yourself..." katanya lagi. Dan. Aku. Hanya mengangguk. Seperti selalu.

"God always with you, Ynah," kata aku. Sambil meletakkan tangan. Ke dada kiri.
Engkau diam. Tanpa kata. Hanya memandang dengan mata polos.

"Till we meet again, just keep me somewhere in your memories," katanya.

Aku. Menghantar Ynah. Seorang sahabat. Yang. Perlahan-lahan menyusuri Jalan Sinsuran. Dan aku. Membawa beg. Menuju ke lapangan terbang.

(Nymph Abad Jeminez, yang aku sapa sebagai Ynah, pinoy dari Kota Davao. Mencari kehidupan yang lebih baik di Kota Kinabalu. Antara sahabat yang selalu menyambut aku di Kota Kinabalu. Kegemaran Ynah ialah. Menghadiahkan sapu tangan. "Your face sweating". Katanya.
Cuma, waktu terakhir Ynah menyambut aku di sana. Hatinya walang. Lantaran. Kota Davao dihancurkan taufan.
Semoga suatu hari nanti, dia kembali yakin akan kewujudan Tuhan. Ynah bukan atheis. Ynah juga bukan muslim. Ynah asalnya Katholik. Tetapi keyakinan Ynah terhadap Katholik perlahan-lahan lebur setelah mengambil jurusan theologi di Valencia Catholic University. Aneh. Setelah bergelar sarjana dalam theologi katholik. Ynah semakin menjauhi Jesus.)

Sunday, 25 November 2012

Ekstraksi (I)

Daun pintu dia tolak. Perlahan-lahan. Sehelai nota sengaja dia jatuhkan di atas lantai. Mungkin tanpa sengaja. Lalu. Tanpa pamit. Dia pergi. Tanpa kunci di tangannya.

Sunday, 18 November 2012

Helo!

Setelah didesak (?), ditanya, diketuk (?) bertalu-talu, gua akan mula menconteng semula. Tapi bukan hari ini.

Esok-esok yer...!

Wednesday, 27 June 2012

Bukan susah nak gelak tergolek-golek.

Kalau gua nak berehat sambil gelak-gelak, sangat mudah caranya.

CARA 1:
Buka internet. Taip utusan.com.my. Baca berita-berita di muka hadapan. Atau berita-berita propaganda. Kompom gua akan gelak!

CARA 2:
Jam 8 malam, amik alat kawalan jauh ASTRO. Tekan 103. Tengok berita lima belas minit yang pertama. Kompom gua akan gelak!

Dalam dunia sekarang yang punya pelbagai peranti maklumat, ada lagi yang masih bermain wayang dengan isi-isi ceritaberita yang sangat purba!

Bangunla weeeeehhhhh....!!!

Tuesday, 26 June 2012

Rona masa silam.

Seketika, tatkala langit petang tanah serendah sekebun bunga ditabiri rona jingga, melewati jalan kebun sultan, langsung ke wakaf mek zainab. Terimbau kenang zaman anak-anak berseluar pendek biru berkemeja putih lesu yang berbasikal dari parit dalam menuju ke kompleks sekolah-sekolah. Bermain kejar-kejar diwaktu rehat. Berbalah dengan kawan yang kemudiannya sama-sama menghirup dingin air pipa di kantin sekolah, sedang macik kantin membebel kerana melecakkan simennya. Mengumpul anak-anak kerikil bulat di padang bertanah merah, sekali-sekali membalingnya ke dalam menerung yang meliang-liuk diacah angin. Suara garang guru matematik mematikan gelak ketawa anak-anak.

Melewati wakaf mek zainab, kenangan zaman anak-anak masih tersangkut di pagar sekolah ismail petra.

Sunday, 24 June 2012

Puteri Kecil

Hari ini. Gua sangat letih. Terbang dari Tanah Serendah Sekebun Bunga. Tiba di bumi KLIA dan hanya untuk mendengar dicorong henfon beberapa kerja yang sepatutnya sudah diberesi, tapi masih tersadai.

Lalu, perjalanan gua yang sepatutnya menuju ke rumah, terpaksa dilencongkan ke kantor.

Kulit tersangat melekit dan belengas. Mata terasa panas dan memerah. Rongkong terasa kering. Tenaga badan yang berada pada takat negatif.

Kemudian harus membelek sehelai demi sehelai kertas yang bertimbun di atas meja. Membuat pembetulan itu ini. Memotong sana sini. Menambah apa-apa yang tertinggal. Mencantikkan apa-apa yang janggal.

Tanpa pendingin hawa. Hanya bilah-bilah kipas yang berputar. Tiada suara manusia.

Melewati tengah malam, kerja-kerja tersadai masih belum lunas. Kulit semakin berlengas. Bola-bola mata semakin panas dan memerah. Tenaga badan semakin merudum.

Berhenti seketika, sekali-sekala. Hanya untuk melihat tiang-tiang lampu jalan.

Tadi malam, di tingkat 17 Hotel Reinasance Kota Bharu, gua berjanji dengan Puteri Kecil untuk pulang pada petang hari dan membawanya berlibur. Tentunya, Puteri Kecil sedang lena sekarang ini dan membawa janji gua ke dalam mimpinya.

Tiada liburan seperti yang dijanjikan. Anak yang sekecil itu takkan faham apabila diceritakan kesibukan urusan kerja bapanya. Anak yang sekecil itu hanya tahu merenggek untuk dibawa berjalan-jalan.

Pada jam 12.30 tengah malam, Ahad, gua masih terkebil-kebil menyudahkan kerja-kerja yang digendalakan orang.

Lewat awal pagi, gua sampai rumah. Melihat Puteri Kecil yang lena bermimpi, gua termenung tanpa sebab. Apakah gua sudah semakin jauh daripadanya tanpa gua mahu dan gua sedar?

Perlahan-lahan, gua mencium pipinya.
Seperti malam-malam yang lain.

Monday, 18 June 2012

Rak Buku Gua Rabak

Malam.
Gua balik opis.
Sampai rumah, gua tolak pintu kaca selongsor. Gua tolak jeriji besi. Keriuuutt yang sangat payah dan azab bunyinya.

Gua masuk rumah.
Gua tengok buku-buku gua bertimbun di lantai. Gua tepuk dahi....*pap!*

Rak buku gua telah rabak.


Sebelum ini, memang gua dah tahu dah takder ruang nak sumbat buku kat situ. Tapi gua sumbat jugak. Selagi boleh sumbat, gua sumbat. Save bajet, tak payah beli rak buku tambahan.

Tapi sekarang ni, gua kena beli lagi dua rak buku. Satu untuk ganti rak yang dah rabak. Satu lagi untuk buku-buku yang gua sumbat sesedap rasa kat rak buku lama.

Daripada nak save bajet, gua kena keluarkan bajet dabel.

*PAP!* Gua tepuk dahi lagi sekali...



"Bro, yang rabak tu bukan rak buku. Tu almari buku. Kalau makcik-makcik kat kampung, diorang guna untuk isi pinggang mangkuk yang hanya dipakai masa musim raya jer. Rak buku ada sikit murah harganya. Almari buku ada siiikiiittttt mahal. Lu kena beli lagi dua almari buku."


Gua seluk kocek. Berdenting-denting duit besi berlaga.


*PAPPP!*

*PAPPP!*

*PAPPP!*

Gua tampar pipi.

Kedekut sangat...!!!

Kalau gua kena pilih.

Katakanlah:

Ada Najib.
Ada Tok Guru Nik Aziz.

Kemudian gua diminta supaya memilih imam untuk solat.
Pilih antara dua: Tok Guru atau Piem.

Sudah barang tentu tanpa ragu-ragu, gua akan pilih Tok Guru!



(Errrrr....ada saper-saper penah tengok Tuan Piem jadi imam solat? Sila angkat tangan!)

Tuesday, 5 June 2012

Ada Gua Kesoh!

Kali terakhir gua conteng-conteng di sini, hampir tiga bulan yang lalu. Bukan gua kering idea. Idea banyak. Banyak benda yang gua nak conteng, sebenarnya. Jari-jari sangat gatal nak menenyeh papan kekunci (skrin sentuh?. Tapi setiap kali gua nak start, berderu-deru beban kerja. Macam hujan yang turun pada musim tengkujuh.


Pun begitu, gua masih ada masa tinjau-tinjau blog. Blog sahabat. Blog kawan. Blog agama. Blog politik. Blog cacamarba. Pesbuk pun hari-hari gua tengok. Baca dinding rakan-rakan. Kadang-kadang gua hangguk-hangguk sebab setuju. Tapi yang selalu terjadi, gua senyum sorang-sorang macam orang tak siuman.


Terlanjur gua bercerita tentang pesbuk, gua rasa sementara "hujan musim tengkujuh" belum datang, gua nak bebel tentang hal ini.


Berdebat memang baik. Tapi syaratnya bukan kerana nak cari saper yang menang dan saper yang kalah. Kalau lu berdebat dan hanya nak menang manjaaaaanggggg....itu problem bro! Bak kata Afendi Hassan,"Bila kita mengemukakan pendapat, maka kita juga harus bersedia untuk dicabar". Pendapat kita, tak semestinya sentiasa salah. Tapi kita juga harus ingat, ia juga tak selalunya benar. Bila hujah kita dapat dijawab dengan baik, tak payah la tuduh orang yang menjawabnya itu sedang mengauta. Lu tak rock la kalau lu tuduh camtu! Bila lu tercunggap-cunggap sewaktu berada di air dalam, lu nak salahkan air. Mana boleh macam tu. Mungkin lu yang tak pandai berenang!



Kadang-kadang gua lihat, ada yang pung!pang! pung! pang! tanpa sebarang sandaran. Malah, yang lebih sadisnya ada yang berhujah dan hujahnya mirip-mirip dengan pegangan dan fahaman Irshad Manji. Minah ni bukan setakat lesbian dan penyokong tegar LGBT sahaja, minah ni juga seorang liberalis dan pluralis dalam beragama. Jadi, bila gua tengok hujah2 yang mati-mati mempertahankan k-pop di Putrajaya, banyak yang sudah terbabas. Banyak yang dah jadi pendokong liberalisme dan pluralisme tanpa sedar. Bahaya weh bila menyokong semberono.



Beb, gua bukan sokong mana-mana badan sahsiah. Mana2 yang gua rasa tak betul, gua bedal. Gua pernah dituduh sebagai "kafirun" oleh penyokong tegar badan sahsian yang penyokongnya selalu pakai kopiah. Hanya kerana semata-mata gua tak setuju dengan beberapa perkara berkaitan BERSIH, gua dilabel dengan perkataan hampeh itu. Gua juga pernah dipanggil "anjing parti bulan bintang" hanya kerana gua mempersoalkan kerakusan segelintir polis membedal peserta BERSIH.


Tapi, ada gua kesah!

BERHENTILAH SEKEJAP....

  Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...