Thursday, 5 May 2011

Petikan.

Sebaik aku sampai, pintu rumahnya terbuka separuh. Terus sepatu aku tanggalkan. Dengan suara kecil aku memanggil namanya.

Senyap.
Sunyi.

Perlahan-lahan aku menolak daun pintu rumahnya. Mata aku hinggap ke sebuah sofa baldu putih. Dia terbaring di situ dengan mata kuyu separuh terjaga.

Aku memanggil namanya. Dua kelopak matanya terbuka. Dia senyum. Dari dua ulas bibir mungilnya dia mengeluarkan kata-kata. Aku tak mampu memahaminya. Terlalu perlahan. Aku duduk di sisinya. Lantas dia melentokkan kepalanya ke atas bahu aku. Helaian rambutnya menyentuh pipi aku.

Dia berkata-kata lagi. Dan aku masih tidak memahaminya. Kerana terlalu perlahan. Lalu aku mendekatkan cuping telingaku ke bibir mungilnya. Aroma wain merah meruap aku ciumi. Ternyata dia separa mabuk lagi.

"Aku ingin mati sahaja. Daripada begini."

Aku diam.

Kenapa tidak sahaja engkau membuka tingkap rumahmu? Atau berdiri sahaja di beranda belakang? Kemudian lompatlah dengan kepala ke bawah dari tingkat 15 kondo ini?

Dia memaling mukanya. Memberi pandangan sehingga ke luar tingkap.

"Engkau tidak pernah cuba untuk memujuk hati aku. Walaupun sekali."

Kelopak matanya bertaup erat. Tapi aku tahu dia tidak tidur. Dia hanya separa mabuk wain merah.

"Aku tidak pernah memujuk kerana engkau tidak pernah mahu mengerti," aku kata. Aku meletakkan kepalanya di atas sofa baldu putih itu. Aku bangun. Cuba mencari angin dan cahaya matari.

[jangan sesekali lu beranggapan bahawa gua sedang berkisah tentang cerita sebenar gua. Ini petikan daripada khayalan gua, yang gua masukkan dalam bab 7. Wacana khayalan gua yang dalam proses, yang masih dikejar-kejar oleh sang editor]

Hot, Flat and Crowded

Ini buku terbaharu yang gua jadi tukang sembelih sekaligus sebagai tukang conteng. Gua suka gaya bahasa asal (bahasa Inggeris) yang digunakan oleh Friedman. Sangat bersahaja, menarik, dan segar. Kolokial dan frasa yang dipilih oleh Friedman sangat menarik. Hasilnya: Hot, Flat and Crowded dalam bahasa Inggeris sangat santai dibaca. Hot, Flat and Crowded ini menjadi best seller di pasaran buku dunia. Sama seperti buku-buku Friedman yang lain sebelum ini.

Dan setelah disembelih dan diconteng, maka Hot, Flat and Crowded bertukar menjadi Panas, Rata dan Sesak. Banyak persoalan dan perkara terkini diungkapkan dalam buku ini. Tentang kebejatan teknologi yang memakan Bumi sedikit demi sedikit. Tentang letupan demografi yang semakin menyempitkan dunia. Tentang dunia yang menjadi semakin dekat. Ada juga tentang kebimbangan Amerika terhadap beberapa perkara.

Lu ada masa, lu bacalah.

[dude, kenapa lu tak membuat ulasan sahaja tentang buku ini?]
[nanti la, gua akan curi-curi masa]

Tuesday, 3 May 2011

Mengembara Dalam Dunia Gua.

Pertama buku.
Kedua, muzik.

Itulah dunia yang gua tekuni sejak dari gua pandai minum teh tarik, sehinggalah ke zaman sudah panadai lepak2 di kopitiam. Maka, sebagai memenuhi keghairahan gua pada dunia buku, gua ikut sama menyibukkan diri gua ke dalam PWTC.

"Apa ada di PWTC?"
Sememangnya, kalau lu menanya gua tentang itu, maka gua jawab, lu tak boleh menjadi awek gua yang ke-15! Ya, gua akan senang-senang menghubaya-hubayakan sesiapa yang sangatlah tidak peka dengan dunia buku. Tapi jangan sesekali ajak gua bersembang tentang buku-buku [atau novel] yang bertajuk :

1. Hantu Toyol Pulang Malam.
2. Kekasihmu adalah Bekas Kekasihku yang Tak Jadi Dipinang kerana Aku Kerja Peon di Pejabat Tanah.
3. Cara-cara Membuat Duit dengan Menjual Surat Khabar Lama dan Bateri Lama.
4. Kisah Cinta Penyanyi Terlampau Tereksiden Mengandung 4 Bulan.
5. Kisah Benar Pembunuhan Jutawan Tempe di Kebun Koko.
6. ... dan mana-mana yang sewaktu dan sezaman dengan tajuk-tajuk yang di atas...

Maka gua pun, dengan gaya bajet setengah hensem, setelah mendapat parking tatkala hampir tergeliat segala sendi siku memulas stereng kereta nasional yang mahal tapi tak padan dengan kualiti, dan setelah habis mencucuh sebatang Dunhill, maka dengan penuh bergaya gua mengatur tapak kaki ke PWTC.

Ohhh...gua lupa, petang itu ialah petang Sabtu. Apa ada pada petang Sabtu? Kenapa gua ke sana pada petang Sabtu?

Entah, gua sendiri tak tahu kenapa gua harus ke sana pada petang Sabtu.
[Hekelehhhh...jangan pura2 tak tau la bro. Lu pegi sana pada petang Sabtu sebab kena kerah]
Aduhh..suara ghaib itu telah membongkarkan rahsia gua kenapa gua ke sana pada petang Sabtu.

Memang gua ke sana kerana dikerah. Tapi bukan dipaksa. Kalau gua tak dikerah sekalipun, gua tetap ke sana pada petang itu. Ada pelancaran buku puisi Tautan, hasil kerjasama tempat gua bekerja dengan errrr...errr...errrr...apatah nama organisasi dari Jerman tu. Bukan gua lupa, tapi gua tak ingat sahaja kerana sindrom untuk menyebutnya telah menyerang saraf tempat menyebut perkataan itu pada titik artikulasi yang betul dalam kepala hotak gua.



Beb, kalau lu tak tengok pelancaran buku yang pergi ke pasaran dunia, dan buku itu lu ada di dalamnya, maka lu tidak lebih daripada buih-buih yang terdapat di dalam gelas kaca teh tarik kedai mamak!

Kemudian setiba di tempat itu, kerusi sudah penuh. Penuh kerusi diletak dengan punggung-punggung manusia. Dan kebanyakan tuan punya punggung itu bukannya nak melihat pelancaran buku itu, atau terdiri daripada para ulat buku, para tahi buku, para kekasih buku, tetapi lebih nak duduk-duduk untuk melepaskan lelah. Maka gua pun terpaksalah berdiri di satu sisi di bahagian hujung. Tak apalah, kaki dan lutut gua masih kekal mantap dan gagah perkasa untuk berdiri. Nikmat Tuhan untuk gua berdiri masih ada, sikit pun tak berkurang.




Kemudian, setelah berangkat-angkat tangan dengan bos besar, gua perlahan-lahan membuat ilmu halimunan. Perlahan-lahan gua ghaib dari majlis itu. Dan kehandalan gua dalam ilmu ghaib-menghaib ini memang tidak boleh dinafikan. Perlahan-lahan gua berdiri di satu tempat, dan sedikit demi sedikit gua terangkat ke atas dan *pling* gua terus ghaib. [gua naik eskaltor la tu]

Sekadar mahu mengambil hati atau apa, gua pun tak tahu. Tapi sebaik melintas booth ITNM, gua terus masuk ke situ. Ehhhh....gua lupa, organisasi ini ialah organisasi tempat gua kerja. Patutlah gua tengok yang tukang jual buku kat situ macam gua kenal. Kemudian dari rak ke rak, gua melihat beberapa buah buku yang telah gua sembelih.

Kemudian, gua pun mengembara. Dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Dan ini dunia yang gua jumpa:

1. The Adventure of Ibn Batuta : A Muslim Traveller of the 14th Century (Ross E Dunn)
2. The Clash of Fundamentalisms : Crusades, Jihads and Modernity (Tariq Ali)
3. Transalting Scientific Text (Kulwindr Kaur Sidhu)
4. Kajian Bahasa dan Terjemahan (universiti Malaya)
5. Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat (Dr. MAZA)
6. 13 Mei : Sebelum dan Selepas (Tunku Abdul Rahman)
7. Clobal Terrorism and Religious Terrorist
8. Nasib Melayu di Bumi Melayu (Dr. Ridhuan Tee)

Gua langsung tak pergi ke booth yang menjual novel-novel popular. Langsung tak pergi ke publisher-publisher yang seperti wanita tengah subur yang beranak terus-terusan. Maka apabila seorang towkeynya, berkata :
"Kita ada pasaran sebenarnya. Tengok sahaja Ain Maisara. Hari ini sahaja 13,000 naskhah dapat dijual." dan gua lihat Dato' A Samad Said terkelip-kelip di sebalik kaca mata bulatnya, manakala Prof Emiritius Dr Muhammad Haji Salleh tak senyum dan tak masam mukanya.
Dan gua kata pada diri gua sendiri : "Apalah sangat nak dibanggakan dengan novel merah jambu dari penulis itu!"

Kemudian gua merayau-rayau lagi. Apabila ada jurujual yang menjual sebarang mak nenek tentang belajar bahasa Inggeris misalnya, menghampiri gua cuba menggoda gua agar membeli barangan mereka, maka gua selalunya akan menjadi seperti orang pekak. Gua nak cari buku, gua bukan nak belajar komputer! Selagi mereka tidak meletakkan gadis seseksi Maria Ozawa di booth mereka, jangan harap gua akan singgah. menjeling pun tidak sama sekali.

Tengah asyik merayau-rayau, gua di sapa Che Mat, otai gua. Jom, kita pekena rokok dulu, begitulah kata-kata Che Mat. Kemudian gua kata, Jom.

Di depan pintu masuk utama, kebetulan ada meja kosong. Gua duduk di situ dengan Che Mat. Dua teh tarik dengan harga hampir 10 ringgit, gua letak atas meja. Sesungguhnya, dua teh tarik yang terisi dalam gelas kertas itu hanyalah sekadar dijadikan gua sebagai alasan untuk tidak dijeling si Bangla tukang layan. Kalau ada dua gelas teh tarik di atas meja, maka ia tentunya akan menjadi kuasa yang berkata :
"Aku bukan duduk-duduk secara cuma-cuma di atas kerusi ini. Aku minum teh tarik yang kamu jual."

Kemudian gua pun Pung! Pang! Pung ! Pang! dengan Che Mat. Berpung! Pang! Pung! Pang! dengan otai yang banyak pengalaman ini memang mengasyikkan. Apatah lagi Che Mat ada seorang anak perempuan yang artis-artis Malaysia pun boleh tercicir ke tempat kedua.
Che Mat Pung! Pang! pung! Pang!
Gua pun Pung! Pang! Pung! Pang!
Che Mat cucuh Benson,
gua cucuh Dunhill.

"Hang nak pi mana lepaih ni?" Che Mat tanya gua.
"Istana Budaya." kata gua.
"Ada teater apa kat sana?" Che Mat tanya.
"Bukan teater. Konsert. Konsert Wings," gua kata.
"Mahai tiket aku dengaq," kata Che Mat.
Gua tak jawab. Gua senyum sahaja. Dalam hati gua kata, "Apa tak mahalnya, tiket yang rega 200 lebih jer yang tinggal. Yang paling murah 80 hingget dah berkurun habis."

Gua tengok jam [bukan jam omega Dato' T] di tangan gua. Hampir 7.15 malam. Gua pelan-pelan minta diri dari Che Mat. Gua mencari tempat untuk gua berjumpa dengan-Nya.

Dan selepas itu, dari dunia buku gua pergi pula ke dunia gua yang satu lagi. Dunia yang berada di Laman Sari di Istana Budaya.



Untuk 2 jam seterusnya, gua beropera hidup pula dengan Wings. Kepak-kepak bagaikan tumbuh satu persatu dari celah-celah tulang belikat gua. Tapi gua tak mampu dan tak mahu terbang lagi.

Friday, 29 April 2011

Merai Kebebalan

Anak raja bekas penjajah nak kawin, kita di sini pula yang lebih-lebih meraikannya. Gua bingung memikirkan kebebalan orang-orang kita. Apa la istimewanya peristiwa itu? Tidakkah kita tahu yang kita terus-terusan hidup dalam dunia di aras awan-awanan?

Mereka datang, mereka jajah, mereka buat sesuka hati di bumi yang diwarisi dari leluhur kita. Kita menjadi terpinggir di tanah sendiri. Kerana penjajahlah kita bagaikan pengemis di bumi sendiri. Kerana penjajahlah kita kehilangan Melayu. Semua yang berkaitan 'Melayu' dipupuskan. Bahasa Melayu telah ditukar menjadi Bahasa Malaysia. Semenanjung Tanah Melayu telah dimasturbasikan dengan Semenanjung Malaysia. Sekarang ini kalau kita ingin mempertahankan 'Melayu' maka kita dianggap rasis oleh kaum pendatang.

Siapa punya angkara?

Dan kita pula terkinja-kinja tak tentu pasal. Buat siaran langsung lagi dari bumi Penjajah. Bangang tahap dewa! Tanpa kita sedar, sebenarnya itu duit kita yang diambil. Apa yang kita dapat? Hanya menang sorak saja!

Bila ketua badan siasah yang pernah menjadi pelakon filim lucah kata "Tiada ketuanan Melayu", apa kita buat? Bila dia kata yang dia akan menjadi penyokong pertama untuk mengangkat tangan tanda bersetuju sekiranya perlembagaan dirobah untuk menghilangkan hak2 keistimewaan Melayu, apa kita buat?

Kita masih bising-bising dengan video lucah Datuk T(enuk) tiga sebangang yang beredar di laman maya. Tak cukup dengan laman maya, ada lagi manusia-manusia yang bangang menyiarkannya dalam TV. Berjuta-juta pasang mata melihatnya. Anak-anak sekolah yang dihatar ke sekolah agama tak perlu lagi meneroka internet untuk melihat filem lucah. Jam 8 malam, duduk saja di depan kaca tv. Maka akan tertayanglah filim lucah terkini.

Nasihat para ulama dibakulsampahkan. Itulah Melayu sekarang!

Wahai politikus, kalau kamu semua nak jadi Perdana Menteri pun, gua peduli apa? Jadilah Perdana Menteri. Masuklah ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri. Tapi janganlah dipilih jalan yang sangat hanyir. Loya sangat tekak gua. Hanya belum tahap muntah-muntah lagi. Kalau sesiapa sekalipun jadi PM, gua bukannya akan diberi projek billion-billion. Gua tetap macam ni juga.

Wahai manusia Melayu, janganlah meneruskan kebebalan kamu!

Hargailah darah para pejuang dulu-dulu. Hargailah darah mereka demi membebaskan Tanah Melayu. Hanya darah mereka. Hanya darah para pejuang berbangsa Melayu sahaja. Tiada darah dari bangsa lain. Itulah adalah fakta.

Ada sesiapa yang mahu menafikan fakta ini?

Gua bukan rasis, tapi gua orang Melayu!

Thursday, 28 April 2011

Sampah Sarap

Kadang-kadang, kat status dinding muka buku, gua nak catat begini tentang diri gua :

Lelaki import yang membuatkan gadis, wanita dan perempuan tempatan ada sebab kukuh untuk berhias. Lelaki paling sempurna. Comel dan terpaksa berlagak. Permata di hati wanita, kaca di mata lelaki. Bukan penulis, idola setiap penulis. Anak kepada seorang ibu, kekasih kepada lima ibu yang lain. Sudah dua belas tahun meninggikan suara pada ibu. Marah dengan cuaca panas. Merungut bila cuaca mula lembab. Etika lelaki sejati, seumur hidup, tak pernah terperangkap dengan helah teman wanita untuk menolong memegang tas tangannya, SORI BABE!

Sekali-sekala berlagak sehingga sampai ke puncak awan, boleh menyuburkan rasa ujub dan taksub pada diri sendiri. Tapi bagi gua, kalau setakat untuk menyental rasa peribadi demi kebahagiaan diri sendiri-sendiri, apa la sangat salahnya. Lagipun gua bukanlah penyebar video lucah pemimpin musuh politik gua. Gua juga bukannya dari kawanan paria yang sering menyalak sambil membakar novel orang lain. Sebar video lucah dan membakar novel orang lain adalah kerja orang gila. Gua tak gila. Gua orang bijak dan gua orang pandai. Gua belajar di dua buah universiti terkemuka di Tanah Melayu... sekali lagi gua ingin memuji dan memuja diri gua setinggi yang boleh!

Daripada gua sibuk-sibuk menyoutubekan video lucah politikus, baik gua membanggakan diri gua sendiri.
Daripada gua sibuk-sibuk membakar novel orang lain, lebih baik gua meninggikan diri sendiri.
Daripada gua sibuk-sibuk lupa pada sejarah leluhur sendiri, lebih baik gua mengujubkan diri gua sendiri.
Daripada gua sibuk-sibuk mengonanikan maruah bangsa sendiri, lebih baik gua mentakburkan diri gua sendiri.

Maka pada hari ini, gua ingin menjadi seperti seorang penyimpan mohor besar raja-raja yang selalu membuat pengumuman tentang anak bulan puasa atau anak bulan hari raya :

"Dengan ini, adalah disytiharkan, para politikus sampah telah membuat onani di tengah Lebuh Raya Utara Selatan. Semasa mereka beronani di tengah-tengah lebuh raya, para monyet, tenuk, dan babi hutan telah menutup mata masing-masing kerana malu melihat kemaluan para politikus."

Perghhhh.... sekali sekala menjadi sang individualistik yang bombastik yang menaruh segala sampah sarap dalam plastik sakratik, sangat melegakan walaupun hanya untuk sekejap sahaja.

"Bro, lu ada lighter? Lighter gua masuk lubang jamban la"

Tuesday, 26 April 2011

Gua Tengah Tepu!

Bila gua punya kepala sudah tepu, gua hanya lip lap lip lap jer mata gua. Kalau gua paksa-paksa kepala hotak gua untuk bekerja, gua tau hasilnya adalah sifar. Maka ini adalah beberapa benda yang gua buat kalau kepala hotak gua sudah tepu.

1. Duduk2 dengan santai
2. Duduk2 dengan santai
3. Duduk2 dengan santai
4. Baca SMS [itupun kalau ada SMS yang tersesat masuk dalam henpon gua]
5. Duduk2 dengan santai
6. Duduk2 dengan santai
7. Mencemarkan udara

"Bro, apa lu duk merepek ni?"

"Gua tengah tepu."

"Tepu tu apa?"

"Tepu tu satu spesies ngan mangkuk jamban!"

Monday, 25 April 2011

Setanah tidak Senafas.

Tubuhnya kecil sahaja. Baju sekolahnya selalu menggelibir keluar dari seluar hijau sekolahnya yang lusuh. Gua tak pernah mengajarnya. Gua hanya mengajar tingkatan 6. Dia ketika itu berada di tingkatan 4.

Gua selalu memerhatikannya. Dia dipandang sebagai seorang pelajar yang selalu bikin kacau kepada guru-guru. Dia selalu dikatakan pemalas. Kerja rumah tidak pernah disiapkan. Lantaran itu biik guru menjadi kelasnya yang kedua. Dia selalu dipanggil dan dimarahi. Malah kadang-kadang dengan sumpah seranah dari guru.

Gua hanya memerhatikannya.

"Kau ni bodoh macam tahi!" seranah seorang guru disiplin. Gua mendengar dari jauh. Dia yang bertubuh kecil, hanya diam. Dia tak mengeluarkan sepatah kata. Dari tempat duduk gua, gua tengok ke mukanya. Gua tahu, jauh dalam hatinya, dia sangat kecewa dengan seranah yang sebegitu.

Gua hanya memerhatikannya dari jauh.

Dan saban minggu, boleh dikatakan dia akan selalu dimarahi dan diseranah.

Suatu ketika, gua berkesempatan menghampirinya.

"Kenapa dengan kamu ni Lias?" gua tanya ketika dia duduk-duduk di bawah pokok semarak api. Dia tak menjawab. Dia hanya senyum sahaja.

Kemudian gua sambung,"Saya tahu, kamu selalu tidur lewat. Kamu menolong bapa kamu menyapu sampah, kan?" gua kata. "Kerana itu kamu selalu bangun lewat, dan selalu lewat datang ke sekolah. Kerja rumah pun kamu tak sempat nak siapkan," gua kata.

Dia tidak memandang gua. Dia menunduk kepalanya. Mungkin melihat kasut sekolahnya yang sudah koyak di hujung.

"Sia ramai adik-adik ba cegu. Kalau sia nda membantu bapa sia menyapu sampah, siapa lagi yang mo membantu. Sia kasian ba sama baliauku. Biarla sia dimarah cegu-cegu sebab nda pandai menyiapkan karja rumah. Sia bukan berjaga malam membuat karja-karja yang nda baik. Sia menolong bapa sia," dia kata.

"Tak apa la Lias. Tak ramai cikgu yang paham itu.Saya tahu kamu selalu menolong bapa kamu menyapu sampah di Bandar Ramai-Ramai dan Jalan Leila," gua kata. Gua senyum.

Dia mengangkat mukanya. Dan dia tanya gua, "Mana cikgu tahu?"

Gua tak menjawab pertanyaan dia. Gua hanya senyum dan meninggalkan dia di bawah pokok semarak api. Gua tinggalkan dia sekejap di bawah dunianya sendiri. Dunia yang jarang-jarang orang cuba mengambil tahu. Dunia yang tak ramai cikgu ingin mengambil tahu.

Kemudian, di tingkatan 5, dia masih bergelut dengan situasi yang sama. Dia tetap menjadi sasaran maki hamun guru disiplin. Dia tetap dianggap sebagai 'penjahat' oleh guru kelasnya. Dan kesannya, dia menjadi jauh dari sekolah. Dia kerap tidak hadir ke sekolah. Kerja rumah yang diberikan juga tidak pernah disiapkan.

Dan gua hanya memerhatikannya dari jauh. Gua melihat betapa seorang anak Sabah yang bergelut untuk hidup, tetapi tiada siapa yang cuba untuk memahaminya. Melainkan sumpah seranah dan kata-kata sindiran, tiada apa-apa perkataan yang elok yang keluar dari mulut kebanyakan guru.

Dia menjadi sangat jauh dari sekolah. Dia semakin jauh dengan dunia yang boleh membawanya keluar dari lingkaran setan miskin dan terhimpit. Dan akhirnya, SPMnya hancur lebur.

"Lias, kau tak boleh berhenti setakat ini. Bapakmu tentu sekali akan kecewa dengan SPMmu. Adikmu, si Salamiah, pelajar yang cemerlang. Saya tahu, kamu juga boleh menjadi secemerlang adik kamu. Cuma kamu perlu usaha sedikit sahaja lagi. Salamiah dan kamu berkongsi bapa yang sama. Ibu yang sama. Kamu semua dididik oleh bapa yang sama. Aku tahu, ini bukan penghujung untuk dunia kamu. Kamu boleh pergi ke mana-mana sahaja, kalau itu yang kamu mahu. Tapi kalau kamu hanya ingin berhenti sahaja di sini, meneruskan kerjaya bapak kamu sebagai penyapu sampah... maka itulah dunia kamu. Tapi kalau kamu ingin ke hujung dunia, kamu juga akan sampai ke hujung dunia, asal sahaja kamu tidak berhenti di sini," gua kata kepadanya. Matanya merah, tanda dia berjaga malam.

Kemudian, dia meneruskan kehidupannya. Yang gua dengar, dia gigih belajar sendiri. Dan dia tetap dengan dunia dia, menolong bapanya menyapu sampah. Cuma waktu itu, tiada lagi sumpah seranah dari guru disiplin. Dia meneruskan kegigihannya dengan mengambil STPM. Dia bekerja sendiri untuk menampung pelajarannya yang diambil secara persendirian. Pusat Tuisyen Purnama menjadi tempat dia meneruskan hidupnya yang terbantut semasa di sekolah. Cikgu Mansor, seorang guru tuisyen, seorang guru yang tidak pernah mendapat pendidikan formal untuk menjadi seorang guru yang baik, seorang guru yang berasal jauh dari Bumi Sabah, menjadi pembakar semangatnya.

Akhirnya, seperti adik perempuannya yang telah berjaya ke UUM, dia pula berjaya ke fakulti ekonomi di UM setelah cemerlang dalam STPM.

Setiap kali pulang apabila bercuti panjang, dia tetap membantu bapanya menyapu sampah.

"Kamu tak berasa malu ke menyapu sampah ni?" gua tanya. Ketika itu gua terserempak dengannya yang berpeluh-peluh menyapu sampah di kaki lima bangunan kedai di Bandar Ramai-Ramai.
"Sia biasa suda ba cikgu. Lagipun, sia cuma ingin menolong baliaku jak ni. Kasi ringan sikit dia punya karaja. Mimang sia belajar di U suda, tapi sia tetap seorang anak penyapu sampah," dia jawab.
"Sia mo menolong baliaku. Banyak suda pengorbanan yang balaiau berikan kepada kami adik beradik. Sia harus menggembirakan baliaku. Sia mesti..." dia sambung lagi.

****
Di Wangsa Walk, gua pekena teh tarik dengan Cikgu Mansor.
"Lias sudah jadi cikgu. Salamiah pula sedang buat Masters di UUM. Mereka adik beradik membelikan sebuah apartment untuk bapak diorang. Dan sekarang ni, bapak diorang akan pergi menyapu sampah dengan kereta yang dibelikan oleh anak-anak," kata Cikgu Mansor.

Gua teringat semula seorang remaja lelaki bertubuh kecil, bermata merah, beruniform selekeh yang selalu berdiri di hujung bilik guru. Seorang remaja lelaki yang dikatakan 'bodoh macam tahi' oleh guru disiplinya sendiri, seorang guru yang berasal dari tanah yang sama, tetapi tidak punya alur rasa untuk mendalami jerit perih anak-anak yang setanah dengannya.

Friday, 22 April 2011

Diam

jika engkau bertanya aku dengan suara
dan aku menjawabnya dengan segaris asap rokok tanpa suara
maka
itulah jawapan aku.

Wednesday, 13 April 2011

*pling*

............gua

........................masih

...................................dalam

...............................................bilik

..............................kurungan

...................entah

............bila

......dapat

bebas

Wednesday, 6 April 2011

Bukan semudah ABCD

Lu punya niat dengan orang punya niat = lain.

Lu punya plot cerita, sama orang punya plot cerita = tak sama.

Makanya, lu jangan ingat, apa-apa yang lu lakukan akan menghasilkan kesudahan yang sama. Lu punya pengakhiran sama orang punya pengakhiran akan menjadi berbeza, tidak sama.

Mungkin plot cerita dalam hidup lu pernah menggusarkan lu. Kemudian lu buat sambungan plot lu. Lu aturkan plot itu satu satu. Plot yang lu aturkan itu kemudiannya bergerak ke arah klimaks. Kemudian menurun perlahan-lahan menuju ke peleraian. Dan peleraian plot cerita lu itu ialah pengakhiran yang selalu terdapat dalam filim hindustan : setelah banyak air mata, setelah sekumpulan penjahat direbahkan dengan hanya satu tumbukan, setelah letupan C4 pun tak mampu memutuskan nyawa sang hero, setelah karma turun dari langit = hepi ending!

Maka itu ialah aturan plot dalam cerita lu.

Tapi lu jangan ingat plot itu pun sama juga akan terpapar dalam filim orang lain. Lu tak boleh mengimpikan plot lu akan turut sama terisi dalam cerita orang lain.

Lu kena sedar dan tahu hakikat kehidupan. Mungkin lu yang sibuk-sibuk dengan niat baik lu itu, untuk mengisi plot hidup orang lain dengan plot hidup lu, akan mengharu-birukan lagi plot hidup orang lain.

Rumus hidup lu mungkin begini : A + B + C = ABCD
Tapi rumus hidup orang lain bukan begitu.
Maka, apabila lu cuba jadikan ABCD dalam hidup orang lain, akan menyebabkan banyak aksara gugur dari hujung lidah api. Senyap-senyap membakar dan memusnahkan plot hidup orang lain.

Lu duduk diam-diam di hujung taman lu. Kemudian lu kata kepada alam : aku telah menyelamatkan sebuah kehidupan!
Lu duduk-duduk sahaja di situ. Lu tidak menghantar mata dan hati lu untuk melihat apa yang telah lu lakukan. Lu tidak tahu yang ABCD lu itu telah merentungkan jiwa-jiwa orang lain.

Hijau di mata lu tidak semestinya menjadi hijau di mata orang lain...

Friday, 1 April 2011

"Kite bakor! Kite bakor!" kata Usop Bekaih Penari Kebudayaan

Sebelum ini keling yang meraung dan memekik. [Apakah gua salah guna perkataan 'keling'? Gua kata 'TIDAK']

Sekarang ini dua tiga kerat orang Cina yang meraung dan memekik.

Semuanya kerana Interlok.

"Apa lu pikir, bro?" tanya kawan gua.
"Gua nampak otak lembu dalam kepala diorang. Tuhan silap letak kot...hahahaha" gua gelak besar-besar.

Dari dulu lagi, semenjak para keling ini bising-bising tentang Interlok, gua punya pendapat ialah jangan padam atau tukar apa-apa yang terdapat dalam Interlok. Gua bukan rasis. Gua bukan suka kalau para keling dipanggil 'paria'. Tetapi lu pun sendiri paham apa maksud perkataan yang konon-konon menjadi sangat pantangan untuk orang keling. Perkataan 'paria' itu bukannya dituju kat Uthaya Shankar. Perkataan itu bukannya ditujukan kepada mana-mana keling yang hidup kat Malaysia pada zaman sekarang ini.

Jadi apa kehalnya keling-keling sekarang ni memekik-melolong?

Gua, sejak dari dulu memang tak setuju dibuat apa-apa pindaan terhadap Interlok. Gua bukannya seorang sasterawan. Menulis pun lintang pukang. Gua cuma fikir macam ni:

Kalau kerajaan bersetuju untuk meminda mana-mana bahagian pada Interlok, bagi gua ia akan menjadi precedence kepada sebarang perlakuan yang mendatang.

"Kalau hari ini kerajaan setuju dengan gesaan orang-orang keling, maka tidak mustahil suatu nanti orang-orang Cina pula yang akan menuntut benda yang sama," kata gua.

"Apa lu punya justifikasi?" tanya kawan gua.

"Bro, senang saja benda ni kita nak buat future analysis. Tak perlu lu belajar tinggi-tinggi. " kata gua.

Gua sambung, "Lu fikir begini : Orang2 Cina mesti akan menjadikan kesanggupan kerajaan untuk membuat pindaan dengan menggunakan alasan 'kalau keling boleh, kenapa kita tak boleh?' "

Dan sememangnya beberapa kelompok orang Cina sudah pun menuntut benda yang sama!

Maka, tidak mustahil suatu hari nanti pun diorang akan terpekik-terlolong meminta supaya buku teks sejarah pun diubah suai. Dengan alasan "Yitu fakta sinsitif. Worang India [keling la tu] tak boleh terima itu fakta. Dey tambi, kasi ubah! Kalau tidak kita worang bakar itu buku!"

"Lu tengok la nanti," kata gua.

"Mmmmmm...." kata kawan gua. Satu .....mmmmmmm...... yang sangat panjang, tapi kabur dan tak ada nyawa.

BERHENTILAH SEKEJAP....

  Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...