Monday, 31 August 2009

Kalau gua jadi Menteri Pelajaran

Gua nak ubah sukatan pelajaran Sejarah. Nak cerita yang sebenarnya hakikat kemerdekaan tanah air. Sejarah para pejuang kemerdekaan yang sebenar. Bukan hanya setakat orang-orang itu sahaja.

Gua nak bersihkan sejarah yang tertulis dalam buku teks sekolah.

Friday, 28 August 2009

Tamparuli

Dulu, lama dahulu, beberapa tahun dahulu, gua pernah limpas Tamparuli.

Baru-baru ini, gua berkesempatan ke Tamparuli, bukan limpas sahaja.

Gua berada dalam dewan ini : Dude, cuba lu bayangkan, dulu-dulu orang ini pernah jadi Ketua Menteri. Sekarang ini dia turun pangkat, jadi Timbalan sahaja. Cuba lu bayangkan…


Antara atur cara majlis pada hari itu ialah ucapan Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan, Kumpulan Yayasan Sabah.


Saya dulu, masa mengajar di SMK Sandakan, kawan saya Encik Zamani tu hensem sikit daripada saya. Saya hensem banyak…ngeeehhh..ngeeeehhhhh…. Ketua Pentadbir Zon itu berkata.

Kalau disebut Tamparuli, maka sudah semestinya jambatan gantungnya ialah kembar siamnya

Tapi sampai ke sudah, gua tak jumpa cari Marsha.

List terkini

Sahawati Harun, Eryiani Japar, Juliana Abd Khamid, Norhayati, Ct Zuraidah...ini pelajar gua tahun '94.

Mmmmm....pelajar perempuan lagi. Yang jantan-jantan tu memang buta Internet kot...

Apek yang Machiavelli

“Dude, lu rasalah kenapa apek tu kena halau?” tanya seorang kawan kat gua.

“Apek mana? Apek yang jual katak kat pasar malam tu ke?” gua jawab soalan dia dengan soalan.

“Tu la, apek yang seorang tu. Yang pernah menjadi aktor terlampau secara tak sengaja tu,” dia kata.

“Ooooo….apek tu,” kata gua.

“Gua berani potong kuku kaki kiri gua yang dia kena halau bukan kerana masalah moral,” kata gua dengan mulut penuh karipap. Bersembur-sembur tepung karipap tu.

“Apa hal lak lu kata begitu?”, dia tanya. Tangannya merayap-rayap atas meja, nak ciluk karipap gua.

“Apek tu bergaduh dengan apek spek tu. Semua orang tahu la bro!” gua kata sambil menepis tangannya yang merayap-rayap tu.

“Kira cam apek spek tu pakai konspirasi bapak PPSMI ler tu. Bunuh pesaing” gua kata lagi.

Machiavelli…Machiavelli…

Thursday, 27 August 2009

One morning with Tan Sri

Gua ada miting dengan seorang Tan Sri. Seorang Cina berbadan sederhana, umur sedang-sedang dipanggil kubur.

Lepas miting, dia cerita-cerita.
“My flend just came back prom Cincinatti. All the television there ha, covered up about the modhel who was punish to be canned. So bad la. Our image were tanished because op this issue.,” kata Tan Sri itu dengan muka yang berkedut-kedut.

“I think aaa…the canning is not civilised. How can you treat a weak creature like that?” dia kata lagi.

Gua dengar. Gua senyum-senyum.

Bila dia habis, gua pun kata:
“American even worst than us. They punish to death a woman by electric chair or poisionus liquid. We just canned that woman. just 6 canning, not 40. Not a single stripe will be appear at the skin. But do you know how the prisoner take their canned punishment according to civil law? 10 times worst than syariah law. But why anybody did not talk about that?”

Tan Sri tu terkebil-kebil. Entah dia faham atau tidak.

“Tan Sri, this is just a half of the propaganda from there.” gua kata.

“From where?” Tan Sri tu tanya.

Gua senyum-senyum sahaja.

Wednesday, 26 August 2009

Di negara 1Malaysia

Gua duduk di gerai sambil makan-makan colek kerang, keropok gotel dan minum air nira kelapa. Perghhhh…itu ialah aktiviti yang menyegarkan otak dan badan pada malam-malam bulan puasa.

“Dude, siapa minah tu?” Asri Comel tanya gua. Mata dia tertancap pada kaca televisyen.

“Minah mana?” gua tanya.

“Tu..!” kata Asri Comel sambil memuncungkan bibirnya ke kaca televisyen. Mulutnya mengunyah-mengunyah.

“Oooo…minah ni yang kena tangkap hari tu. Dia minum Tiger,” gua kata.

“Minum Tiger pun boleh jadi glamour gak! Apa barang! Hari-hari keluar tivi. Hari-hari keluar suratkhabar. PM pun bagi komen sekali suruh dia merayu. PM tu bro, PM!” kata Asri Comel.

“Nak buat macam mana? Peminum arak di 1Malaysia ni lebih bertuah daripada masa depan anak-anak bangsa yang dibunuh oleh PPSMI. Peminum arak itu sentiasa dibela hingga ke peringkat golongan dewa-dewa. Anak-anak pasca PPSMI siapa yang mahu bela. Silap-silap lu kena tuduh tak mahu kemajuan,” gua kata.

“Mmmm…..” kata Asri Comel.

Tiba-tiba Asri Comel melaung:
“Bang, tukar channel ESPN!”

Tuesday, 25 August 2009

Saing Sobat

Selain anak-anak didik, gua juga mempunyai banyak rakan guru. Antaranya
1. Hanafiah – guru lelaki yang paling bergaya di SMK Sandakan. Sekarang ini menjadi orang penting Yayasan Sabah.
2. Mat Nor Sima – Cikgu berbangsa Bugis yang berasal dari Sungai Manila. Dia ni handsome dan juga menjadi idaman para pelajar perempuan. Sekarang menjadi pengetua di SMK Kabota, Tawau
3. Kalana Jaman – Datang dari Sungai Kayu, sekampung dengan Musa Aman. Dia ni jenis yang tak tahu macam mana nak marah orang.
4. Shahrudin – Ensiklopedia bergerak Hindustan.
5. Esmadi Ismail – Berasal dari Sungai Petani, Kedah. Orangnya kecil molek. Tali leher yang dipakainya sering kali sampai ke celah kelengkangnya kerana tali leher yang ada di pasaran semuanya terlalu panjangnya untuk saiz tubuhnya. Sekarang menjadi pemangku pengetua di SMK Taman Fajar
6. Wan Zulkifli – Gua memanggilnya Wan Zul speaker, sebab volume suaranya yang begitu lantang. Kalau dia mengajar Ekonomi di kelas Tingkatan 6 Atas, pelajar-pelajar tingkatan 5 di blok sebelah boleh tumpang belajar sekali.
7. Rosli Jusuh – Cikgu yang paling cool dan mempunyai mata yang romantik. Menjadi SUP yang sentiasa sibuk dari awal bulan Januari hinggalah habis peperiksaan STPM.
8. Musa Abdul Aziz – Mengajar Pengajian Am kertas 1. Berbadan kecil molek tetapi menjadi cikgu yang tegas semasa menjawat jawatan PK HEM.
9. Mamat Asri Awang Besar – Ada pelajar-pelajar yang memanggilnya sebagai bapak komunis lantaran kegarangan dan kepayahannya untuk senyum.
10. Maidul Empau – “aku kawin dulu pun sebab kena paksa. Masa tu aku mabuk tapai bah”
11. Megat Yusuf Tapa – Lone ranger, selalu bertapa seorang diri di rumah sewanya.
12. Asri Harun – cikgu yang paling banyak percaya benda tahyul. Dia selesema pun dia kata ada orang sudah santet sama dia.
12. Husairi – badan kecil, makanan kegemaran roti kobra. Sekarang menjadi PK 1 di SMK Muhibbah
13. Ustaz Azhar – pernah tertinggal isterinya di tempat kenduri
14. Rozi – cikgu prinsip akaun yang berjiwa peniaga
15. Jafri Jafar – cikgu yang paling banyak makwe dari kalangan budak-budak sekolah
16. Ahmad Bohari Salleh – Romantik ketika mengajar sastera melayu tingkatan 6
17. Azli Husin – budak form 6 memanggilnya sebagai The king of Kumpau

Sunday, 23 August 2009

Kamera atau Kepayang? Lu pilih mana satu

“Bang”, dia memanggil dengan suara yang amat kecil.
Gua berpaling. Kepalanya dirapatkan ke telinga gua.
“Ada kamera. Bagus bah ini,” dia kata. Dia membuka sebuah beg kecil. Di dalamnya ada sebuah kamera berjenama Canon.
“Ambillah ini kamera. Murah sja,” dia kata.
“Berapa?” gua tanya.
“500 sja,”. dia balas.

********
“Bro, ada mamat nak tolak kamera digital kat gua. Murah giler,” gua bagi tau Hanafiah, via sms.

“Kalau lu nak tidur kat Kepayang, lu angkatlah,” jawab Hanafiah, via sms.


Lepas tu bila gua bayangkan kat muka depan akhbar Sabah Times pada besok pagi akan terpampang kepala berita begini:

BEKAS SETIAUSAHA AKHBAR MUSA AMAN MENGIKAT JAMIN KAWANNYA YANG TAK BERAPA NAK HENSOM KERANA MEMBELI KAMERA CURI DARI SEORANG PENDATANG FILIPINA

terus gua batalkan niat nak beli kamera tu.

Tak pasal-pasal nanti, kalau gua nak bertanding pilihan raya kecil, tajuk berita itu boleh dijadikan modal untuk melakukan pembunuhan karakter gua macam yang berlaku kat Permatang Pasir sekarang ni!

Friday, 21 August 2009

Lim Tek kata, bulan ini dia dapat makan yang sedap-sedap

“U tau ka, I memang tunggu bulan puasa datang,” Lim Tek kata kat gua.

Seorang Cina, bukan Islam, tertunggu-tunggu bulan Ramadan, bagi gua suatu yang agak di luar jangkaan.

“Mengapa lu suka sangat dengan bulan puasa?” gua tanya Lim Tek.

“I dapat banyak makan yang sedap-sedap maaa!. Lain bulan mana ada pesta makanan,” kata Lim Tek sambil mengenyeh-ngenyeh hidungnya yang pesek itu.

“I tak payah jalan jauh-jauh mau cari makanan yang sedap-sedap. Banyak gerai ada. Kalau I jemu makan kat gerai, I boleh pegi hotel. Sana hotel pun banyak makan-makan sedap dalam bulan puasa,” kata Lim Tek lagi.

Dude, bila non-muslim asosiasikan bulan Ramadan dengan bulan untuk makan-makan, lu rasa salah siapa?

Thursday, 20 August 2009

Kota Kinabalu, Selamat Hari Raya

Malam. Jam lapan malam, berlebihan beberapa minit.

“Bro, kamu di mana?” Hanafiah tanya gua via sms.
“Sembulan, dekat tugu double six. Tengah makan. Datanglah” gua balas, via sms.

Gua, Vincent dan Chong makan kat situ. Tak lama kemudian Hanafiah sampai. Kami berbla! bla! bla! bla! sambil mencemarkan udara.

“Kamu mahu ke mana lepas ni? gua tanya Vincent dengan Chong.
“Terus balik hotel. Tidur. Penat suda ini,” Vincent kata.
“Ok, lah kamu balik dululah. Aku nak berhari raya dengan Hanafiah.
Vincent dan Chong macam blur blur bila gua kata nak berhari raya.

Hanafiah senyum-senyum.

Dan malam itu, gua dengan Hanafiah berhari raya di Kota Kinabalu.

Gua dengan Hanafiah Cuma berhari raya korban sahaja, bukan raya puasa.

Dude, lu rasa-rasalah, apa reaksi sumandak-sumandak KK bila lihat four wheel drive berwarna hitam yang ada grill BMW kat depan yang diisi oleh dua jejaka somboi?

“Bro, gua rasa gua dah kena raya korban la.” gua kata kat Hanafiah.
“Hahahahahaha…anggaplah sedekah sempena Ramadan,” Hanafiah kata.

“Selamat ‘Hari Raya’ ” Hanafiah kata kat gua.

Wednesday, 19 August 2009

Sikul yang Bangsal

“Gua rasa macam nak menangis melihat sikul itu,” Hanafiah kata. Ada tekanan suaranya di situ.

“Mengapa?” gua tanya.

“Lu bayangkan :tak ada apa. Hanya ada atap, kerusi dan meja. Tiada dinding. Daif yang amat,” kata Hanafiah.
“Sikul itu ialah bangsal” sambung Hanafiah.

Gua tadah telinga.

Kemudian Hanafiah sambung lagi:
“Bro, gua rasa lembu-lembu kat Tawau tu lagi beruntung dari budak-budak ini,”
“Mengapa?” gua tanya.

“Lembu-lembu tu ada bilik-biliknya. Diberi makanan kelas pertama. Biliknya ada air cond! Tapi budak-budak tu….” Hanafiah kata. Kata-katanya berhenti di situ. Tak terucap. Gua tahu kepayahan perasaan Hanafiah.

Dude, nasib lembu ada ketikanya lebih baik dari nasib anak-anak Sabah pada abad ke-21 ini!

*sikul = sekolah

BERHENTILAH SEKEJAP....

  Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...