Tengah hari. Tak ada apa-apa aktiviti. Gua pun masuk ke dalam Center Point. Gua buat macam orang perempuan biasa buat, membeli belah dengan jendela.
Ruang legar- Center Point luas. Ada air pancut. Apabila, kalori banyak terbakar, gua rasa penat. Gua pun duduk-duduk di ruang legar.
Dude, lepak-lepak sambil memakai t-shirt kaler hitam, bertopi adidas, dan berseluar katuk, gua cakap sama lu.....perghhhhh....cool brader!
Tengah syiok, duduk-duduk, seorang awek berlari-lari anak. Gua tak peduli. Dia nak berlari ke, nak merangkak ke, nak buat gimrama ke, gua tak peduli.
Gua duduk-duduk sambil menyilang kaki.
Awek tu terus berlari-lari anak. Gua tak peduli.
“Cigu! Cigu!...”
Gua tak peduli.
“Uiiinaaa...cigu ni. Indak pun dipedulinya orang mamangil dia,” dia kata.
Gua pandang dia. Dia sudah tidak berlari-lari anak. Dadanya turun dan naik. Naik dan turun
Gua ingat-ingat lupa.
Gadis bert-shirt putih, berskirt pendek, berkulit gebu, gua renung-renung.
Gua ingat-ingat lupa.
“Cigu sudah lupa sama saya ka?” dia tanya
Gua senyum.
“Patricia bah cigu. Patricia Joanis. 6 Atas 2” dia kata. Suaranya halus, gemersik.
Gua renung muka dia. Ada tahi lalat halus di hujung bibir atasnya yang seulas itu. Tahi lalat yang ada, tapi macam tak ada.
“Pat?” gua tengok dia. Gua sudah mula ingat. Tapi Pat yang gua kenal dulu, sedikit berbeza susuk wajahnya.
Dia senyum.
Gua terus tengok muka dia. Kulit mukanya putih, ada kemerah-merahan. Mungkin dipanggang matahari sebentar tadi. Dia selamba duduk di sebelah gua. Macam tak ada apa-apa.
“Buat apa cigu di sini?” dia tanya.
“Dangar-dangar cigu indak mengajar sudah,” dia sambung
“Cigu Jefri dengan Cigu Azli mana pigi suda?”dia tanya lagi.
“Cigu Bob katanya kawin suda sama si As yerk, budak 5 Merah? dia terus tanya.
Ada sedikit selang, gua mencelah:
“Kamu ni Pat, kalau cakap memang tak pernah berubah. Sama juga macam dulu, macam keretapi berkuasa turbo,” gua kata.
Dia senyum-senyum sambil menguis-nguis anak rambut yang bermain-main di hujung alisnya.
“Cuma satu sja yang indak pandai berubah,” gua kata.
“Apa tu cigu? dia tanya.
“Kamu tetap juga perempuan, macam dulu-dulu!”
“Iyalah bah. Mana bulih siya jadi laki-laki!” dia kata. Manja. Juga macam dulu-dulu.
Diam sebentar.
“Berapa suda anakmu” gua tanya.
“Indada,” dia kata.
“Ui...indak beranak lagi kamu. Kamu mandul ka?” gua kata. Dia tahu itu bahasa gua. Dia tahu gua suka bergurau.
“Macam mana mahu baranak kalau bapaknya indada,” dia kata.
“Belum kahwin?” gua tanya.
Pat geleng kepala. Tersenyum.
“Mengapa belum? Takkan tak ada boy friend?” gua sambung lagi.
“Dulu-dulu adala. Tapi pisah sudah,” dia kata.
Gua pun meminjam modal dialog si Hanafiah.
“Tu la kamu, dulu-dulu jual mahal. Saya nak mengorat, tapi kamu indak melayan,” gua kata. Intonasi seperti orang yang baru mati bini.
“Alaaaa.....cigu tu yang sumbung. Urang mengasi signal suda, tapi cigu buat-buat indak paham,” dia kata. Menempelak gua sebenarnya.
Ha!Ha!Ha!Ha! gua kata.
****************
Petang itu, setelah bla!bla!bla! dengan Pat, gua balik Premonade.
Pat melangkah ke arah Plaza Wawasan. Terminal bas ada di sebelahnya. Gua hanya menghantarnya dengan mata.
Sambil berjalan ke Premonade, gua cuba ingat-ingat, apakah signal yang telah diberikan oleh Pat, pelajar gua dari kelas 6 A 2 pelajar Kadazandusun yang ketika itu berusia 19 tahun, antara pelajar gua yang paling sulung.
Gua, dalam soal-soal yang macam ni, memang hampeh!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Tuesday, 18 August 2009
Pilak yang silap
Petang, gua tak ada benda yang nak dibuat.
“Apa barang terperap dalam bilik!” gua jerit dalam hati. Gua turun ke lobi. Kemudian di muka pintu depan lobi hotel, gua terfikir-fikir mana mau lepak. Tengah gua terlangut-langut, gua baru sedar, hotel gua berjiran dengan Centre Point. Maksudnya, sudah dekat benarlah tu dengan pasar filipin.
Gua pun melangkah ke sana. Bila gua tiba di sana, gua lihat pasar filipin tetap macam dulu. Tak berubah. Bau hanyir dari longkang berhampiran tetap sama seperti 10 tahun lepas. Barang-barang yang didagangkan pun sama seperti dulu : mutiara, batu permata murahan, mutiara, batu permata murahan, dan mutiara serta batu permata murahan. Benda-benda itu masih lagi menjadi penghuni di dalam almari pameran kaca.
Cuma satu sahaja yang berubah : pasar filipin sudah ada nama baru; Pasar Kraftangan.
Gua tinjau-tinjau. Tak ada yang menarik buat gua. Kemudian gua duduk-duduk di atas bangku di depan pasar filipin.
Gua tengok-tengok rencah hidup orang-orang Kota Kinabalu. Tetap sama macam dulu. Pendatang filipin masih lagi berdagang dari satu manusia ke satu manusia menjaja barang dagangan dan nasibnya.
“Bang, cermin mata. bagus ni. Original,” seorang dari mereka menyapa gua.
Gua menjawab dengan gelengan kepala.
Dia mungkin tahu yang gua bukan orang tempatan, sebab sebentar tadi gua ada sembang-sembang dengan seorang makcik yang datang bercuti dari Semenanjung.
“Angkatlah satu bah. Susah mau dapat ini barang di Samananjung. Bagus bah cermin mata ini,” dia kata lagi.
“Bagus ke cermin mata ni?” gua saja-saja tanya dalam bahasa “urang Malaya”.
“Original bah ini. Aku ambil dari kapal di palabuhan,” dia kata.
Gua tahu dia bohong.
“Indak payah la kao membuyut sama aku. Ini dari filipin bah ini,” gua kata dalam loghat Sabah yang maha pekat.
Bila dia dengar sahaja gua bercakap loghat Sabah, dia terus belah.
Pilak, kamu tersilap oranglah nak kelentong!

Monday, 17 August 2009
Hari Pertama Gua di KK, Gua Dah Jadi VIP!
Gua sampai di terminal 2 lapangan terbang Kota kkinabalu. Macam biasa, gua kena beratur untuk pengesahan imigresen. Gua rasa macam nak masuk negara Siam sebab kena periksa imigresen. Tapi gua tak kisah. Semua itu sudah terangkum dalam 32 Perkara. Gua hormat.
Bila sampai giliran gua, gua hulurkan mykad gua. Pegawai imigresen tu tanya:
“Apa kabar bah sigu?”
Gua terkebil-kebil. Tapi gua sudah tahu, kalau ada makhluk Tuhan yang panggil gua ‘sigu’, ni sahih pelajar gua. Tapi gua tak cam pelajar gua yang jadi pegawai imigresen tu. Musim selesema babi ni, semua orang pakai topeng macam doktor kat dewan bedah.
“Sigu tak kenal saya ka?” dia tanya lagi.
“Manalah aku cam. Kamu pakai topeng,” gua kata.
Dia melondeh topeng selesema babinya. Serta merta gua cam. Pelajar tingkatan 6 gua kat smk Sandakan dulu. Rahman nama dia, kembar si Rahim.
Lepas tu, gua dapat layanan kelas pertama dari dia. Penumpang lain tengok-tengok gua. Gua dah mula syak, mungkin diorang ingat yang gua ni VIP atau tauke balak yang kaya raya. Tapi diorang tak tahu, gua jadi VIP sebab gua pernah jadi cikgu. Dan seorang pelajar gua kebetulan menjadi “penyambut” semua penumpang di terminal itu.
Nah, siapa cakap yang kalau jadi cikgu, lu tak dapat layanan kelas pertama!

Friday, 7 August 2009
Gencatan Blog
Gua nak buat gencatan blog, tak lama, mungkin 4 5 hari sahaja. Gua nak pergi Kota Kinabalu. Bila gua pergi sana, gua rasa macam balik kampung jer. Gua dah lama tak jalan-jalan kat pasar filipin.
Gua nak pergi Sabah, jadi gua kena buat gencatan blog.
Gencatan blog gua akan termansuh pada hari lima.

meNAGAkan diri
Gua, dulu pernah menjadi naga: mampu mengeluarkan asap via lubang hidung dan mulut. Sekarang gua dah tak jadi naga lagi. Mulut gua dan lubang hidung gua sudah lama tak mengeluarkan asap. Gua dah tak jadi naga lagi.
“Dude, bila lu nak berhenti?” gua tanya seorang kawan gua. Dia ni naga tahap gaban.
“Berhenti apa?” dia tanya gua balik.
“Tu hah!” gua juihkan bibir gua pada segulung tembakau yang dibalut kertas putih yang terjepit di celah jari hantu dan jari telunjuknya.
“Alaaa….kecil punya hal,” dia kata sambil menunjukkan kebolehannya menagakan dirinya dengan mengeluarkan asap berkepul-kepul via lubang hidungnya.
“Duit yang lu gunakan untuk jadi naga ni, kalau disimpan sejak dulu hingga sekarang, gua rasa dah boleh bina rumah batu ni,” gua kata.
“Lu sekarang ni dah berapa biji rumah batu yang dapat lu bina sebab lu dah tak jadi naga?” dia tanya gua balik.
Menasihati naga tegar, memang susah beb!

Wednesday, 5 August 2009
Susahnya kalau berkawan dengan kulup
Susah la bro kalau macam ni,” suara Asri Comel seperti merintih.
“Awatnya?” gua tanya.
“Orang tu dah bising-bising, suruh pulangkan balik bir yang dirampas,” kata Asri Comel.
Jari-jari gua terus mengetik-ngetik papan kunci-kunci komputer.
“Habis, mereka hantar balik ke bir tu?” gua tanya.
“Mmmmmmmm….” jawab Asri Comel.
Sambil jari-jari gua tup tap, tup tap, gua terfikir:
“Susah juga kalau berkawan dengan si kulup ni. Hari tu Kapal Buruk, kemudian Jepp Woiii, sekarang ni Ranie Loi pula,”
Tapi diorang tu kafir. Gua tak hairan. Orang kafir memang tak faham.
Yang gua hairan, yang bukan kafir tetapi berfikir dan bertindak seperti orang kafir.
Cuba lu buka mata luas-luas….
Gua senyum.
“Apahal lu senyum sorang-sorang bro?” soal Asri Comel.
Gua senyum lagi. Kali ini dengan sengihan sekali.

Keras vs lembik
“Bro!” laung Asri Comel.
“Woooiiitttt….” balas gua.
“Bir bukan minuman keras ke?” tanya Asri Comel.
“Setau gua, bir itu minuman keras la,” jawab gua.
“Habis kenapa orang itu cakap bir bukan minuman keras?” tanya Asri Comel lagi.
“Tah, mungkin bagi dia minuman keras tu jenis yang berketul-ketul kot. Macam air batu. Yang keras-keras semuanya,” balas gua.
“Kalau yang dah tak keras tu bukan ler tu,” balas pula Asri Comel.
“Habis kalau yang tak keras tu, nak kena panggil apa?” soal Asri Comel.
Gua genyeh-genyeh mata.
“Minuman mati pucuk kot. Atau kalau nak maju, impotent. Mahathir suka yang tu sebab tu bahasa PPSMI!”

Tuesday, 4 August 2009
Pelajar-pelajar gua (III)
Pelajar-pelajar gua ada yang jadi aktivis politik tegar.
Ada yang berwarna hijau putih macam Haris, Darwis, Abdullah, dan Raj Normala.( mereka ini memang tegar, kalau takat gelang besi dengan hotel jeriji besi, diorang tak kisah pun). Tapi ada juga antara mereka tu malu-malu kucing apabila ditanya.
Ada juga yang berwarna merah jambu, macam Eryani dan….errrrr…..errrrrr…dah tak ada ler. Itu seorang aje yang gua tahu terlibat dengan kumpulan merah jambu. (Eryani khabarnya menjadi kepala kumpulan merah jambu bagi kawasan Kinabatangan)
Setakat ni, gua belum dengar lagi pelajar gua jadi pengikut roket, atau kumpulan bintang pecah 14, atau kumpulan bertulisan tamil.

Kucing Imigran
“Tak tahu dari mana datang,” bini gua bagi tahu.
Sebab kasihan, gua pun bagilah sedikit makanan kucing kat anak kucing tersebut.
Lepas tu, gua mandikan bersih-bersih.
Gua tak ada niat nak pelihara anak kucing itu. Gua ingat, lepas dia kenyang dan tidur sekejap kat rumah gua, gua nak letak dia kat luar rumah. Lepas tu, dia boleh pergi ke mana-mana dia nak pergi.
Gua tengok anak kucing itu masih ada lagi petang besoknya.
“Dah letak kat luar, tapi dia masuk balik,” bini gua bagi tahu.
Gua tengok anak kucing itu rakus makan Royal Canin milik Kitty. Kadang-kadang, masa Kitty sedang makan, anak kucing itu datang meluru laju ke arah bekas merah yang mengandungi Royal Canin. Kitty, seekor anak kucing yang pemalu. Bila diasak oleh anak kucing tersebut, dia akan mengesot ke belakang. Kitty tak melawan. Natijahnya, habis Royal Canin milik Kitty dibahamnya.
Lepas tu, anak kucing itu tidur di tempat tidur Kitty. Dan Kitty pula terpaksa tidur di atas tangga.
*****************************
Gua tengok, anak kucing yang datang secara tiba-tiba ke rumah gua tu, macam bangsa imigran yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-19 dahulu. Habis kemakmuran di sini dimakannya. Tapi, kita tak kisah, kerana kita ni bangsa yang cepat kasihan. Natijahnya, kita masih tiada apa-apa di tanah sendiri.
************prolog**************
Gua bukan rasis!
Monday, 3 August 2009
Asri Comel syak, orang sana kena santau
“Bro!” laung Asri Comel.
“Woooiiitttt!” gua jawab sambil menguap.
“Lu rasalah, mengapa yang mati tu semua ahli dari kumpulan sana?” Asri Comel bertanya.
“Kumpulan mana pula ni?” gua tanya balik Asri Comel.
“Dulu Bukit Gantang. Kemudian Manik Urai. Sekarang ni, kat Permatang Pasir pula,” Asri Comel kata.
---------------------------gua senyap -------------------
“Bro!” laung Asri Comel lagi.
Gua hulurkan kepala gua kat celah pintu. Gua cari Asri Comel. Dia tengah mencangkung kat bawah mejanya sambil mendengar lagu makyung dari komputernya.
“Kenapa hah? Kenapa semua yang mati tu dari kumpulan sana? Asri Comel, dengan soalan-soalannya yang tak pernah habis.
“Dah ajal diorang. Tuhan punya kuasa tu. Adalah hikmahnya,” gua kata.
“Tapi gua dah syak sesuatu la,” kata Asri Comel. “Gua rasa diorang tu dah kena santau. Puak-puak yang satu lagi tu yang buat” tambah Asri Comel.
“Dah, lu tak payah masukkan unsur-unsur tahyul dalam cerita ini. Gua tak minat,” kata gua.
Memang Asri Comel ini tak pernah habis dengan ketahyulannya. Selesema babi pun dia kaitkan dengan hantu raya yang merayau-rayau setelah tuan hantu tu mati.

Subscribe to:
Posts (Atom)
BERHENTILAH SEKEJAP....
Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...