kata-kata yang luruh
dari awan yang tujuh
merdu di kuping
tapi ngilu di hati
hanya kata-kata
tiada apa-apa.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
kata-kata yang luruh
dari awan yang tujuh
merdu di kuping
tapi ngilu di hati
hanya kata-kata
tiada apa-apa.
Ada orang seperti gelas yang kosong. Berdegar-degar di medsos. Seperti dia tau apa-apa saja. Mengerti apa-apa saja. Faham apa-apa saja. Tapi, itulah... kata orang tua-tua, yang bising-bising itu selalunya yang kosong. Dan semakin masa berinjak pergi. Pengalaman semakin membukit. Lautan Tuhan tetap setitis tahu yang kita tahu. Jadi, janganlah jadi gelas kosong. Itu hanyalah mempromosikan bodohnha diri sendiri.
*pling*
Bagaikan setitis embun
Yang
Menitis
Tis..
Tis...
Tis...
Aku mencari suara yang hilang
Senyap
Diam
Lupus
Tanpa
Ada
Apa
Apa.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...